Padan muka!!!! bila masuk kawasan orang sila bagi salam
dulu...Nie main pakai terjah aje...Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
menegaskan bahawa kumpulan mahasiswa - Gerakan Mahasiswa PRU13 - yang mahu bertanding mencabar Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum hanya
mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal'.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman
menggesa mahasiswa lain supaya tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan
perjuangan 'kosong' mereka itu.
Semalam, Gerakan Mahasiswa PRU13 yang diketuai Syis Abdul
Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam
pilihan raya umum akan datang.
Korang nie nak bertanding serta menabur fitnah dikawasan DS
Najib Razak..Belajar pun tak habis lagi dah nak besar kepala...
Seorang aktivis Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) membuat
laporan polis semalam kerana mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan
oleh lelaki yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan 'Surat Mahasiswa Untuk
Warga Pekan'.
Graduan Univerisiti Selangor Ekhsan Badarul Hisham berkata
insiden tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang semalam ketika dia bersama dua
lagi rakannya mengedarkan surat mahasiswa berkaitan pilihan raya umum ke-13 di
Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong Pekan.
Dalam laporan polis itu, Ekhsan mendakwa kereta mereka
dihalang oleh sebuah kereta jenis proton Gen 2 yang dinaiki tiga lelaki dan
kemudiannya datang seorang lagi individu lelaki dengan motosikal.
Bagaimanapun, Ekhsan mendakwa beliau tidak pasti nombor
pendaftaran kereta dan motosikal yang dinaiki oleh individu berkenaan.
"Selepas itu mereka telah meminta kad pengenalan dari
kami dan kami telah memberikan kad pengenalan kami kepada mereka.
"Kemudian mereka telah meminta kami keluar dari kampung
tersebut dan mengugut kami, lalu menarik saya keluar daripada motokar yang saya
naiki serta menumbuk dan menyepak kepala serta badan saya," laporan polis
itu dipetik.
Dilaporkan kumpulan mahasiswa itu mengumumkan akan
menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan
datang.
Surat yang diedarkan itu adalah sebahagian daripada program
jelajah mereka ke parlimen itu selepas memutuskan untuk meletakkan calon mereka
menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kubu kuatnya itu.
Dalam laporan polis itu juga, Ekhsan juga mendakwa dalam
kejadian tersebut, baju yang dipakainya telah terkoyak dan beliau cedera di
tangan kanan.
"Untuk mengelak daripada kejadian yang lebih buruk
berlaku, kami telah keluar dari kampung tersebut dan datang ke balai buat
laporan polis," kata Ekhsan dalam laporan polis itu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Pekan pada jam 3.39
petang semalam.
Sementara itu, Pengerusi GM13 Syis Abdul Kadir menyifatkan
insiden tersebut sebagai "kejadian yang sangat memalukan arena politik
negara" dan mendakwa ia didalangi mereka yang tidak berpuas hati dengan
pengumuman mahasiswa untuk bertanding di situ, terutamanya Umno-BN.
"Sepatutnya tempat perdana menteri Malaysia adalah
paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk
berkempen.
"Namun sebaliknya yang berlaku. Hari pertama mahasiswa
di Pekan, sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat.
"Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara, jika
kawasan perdana menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik
matang," katanya Syis dalam satu kenyataan.
MKP Ayat Sempoi : Alasan murahan untuk mencari
publisiti,Orang sendiri pukul lepas tue sebarkan dimedia...Gampang punya
Cywar....
No comments:
Post a Comment