Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang
didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.
1. Daniel Cruz
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan
National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai
Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di
Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama
yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive
Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking
Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS)
yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah
penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia.
Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The
International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI)
semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku
pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk
wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah
Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan
Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO
Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.
Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel
Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia
berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil
Permatang Pauh pada tahun 2008.
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical
Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the
Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the
Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical
Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National
Tactical Officers Association.
Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior
untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
2. Noel Del Rosario
Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan
Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam
Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan
dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam
memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan
beberapa skil menentang terrorisme.
Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili
Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di
International Defensive Pistol Association (IDPA).
3. Alfred Sese
4. Bong Oteyza
Malam tadi, keempat-empat pengawal peribadinya ada
bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama
beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan
memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa
merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR
Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri.
Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan
menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta
nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick
Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin
jet dan isu duit LTAT.
Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan
keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar
Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama
yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?
Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara
keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal
peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi?
Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi
Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa
menurut sahaja bagaikan anjing sawan?
Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak
tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi?
Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur
politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana
ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan
seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta
kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal
dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman
terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina.
Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai
kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat
di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama
pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor
secara lebih akrab?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif
berada di banyak tempat sepertimana yang dipaparkan dalam gambar-gambar di
bawah.
Empat pengawal peribadi Upahan dari Filipina bersama-sama
pengawal peribadi Anwar yang lain.
No comments:
Post a Comment