Thursday, 28 February 2013

PRU13 : Kenapa Anwar Gelabah Laporan Sin Chew ?


GA – Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat ‘damaging’ dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini.
Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:-
BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.
1. DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
2. Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
3. India akan kembali bersama BN;
4. MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
5. PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
6. Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;
Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian ‘damage control’ segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini.
Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performanceDAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti.
40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai ‘second-in-command’ kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan.
Amacam Pak Sheikh?

No comments:

Post a Comment