Sunday 17 February 2013

KETUA PAS CAWANGAN PENGKALAN PEGOH TERUJA DENGAN GELOMBANG BIRU





Ketua Pas Cawangan Kampung Pengkalan Pegoh begitu teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh Pemuda Barisan Nasional sewaktu Majlis Pelancarannya oleh YB Dato Hamidah.

Mungkin dalam kepala hotaknya berkata "hancurlah Pas dahla jual kalimah Allah, bantah pembinaan sekolah Agama Rakyat semangat pun udah hancur, macam mana rakyat nak sokong".

Majlis Pelancaran Gelombang Biru di lancarkan oleh YB Dato Hamidah Osman di padang bolesepak Kampung Pengkalan Pegoh bersebelahan dengan rumah kakak Anwar Ibrahim yang juga ketua Pas cawangan Kg Pengkalan Pegoh.

Gelombang Biru menyaksikan lebih 1000 pemuda bermotorsikal menyatakan kesediaan mereka bukan sahaja untuk menyokong Barisan Nasional malah akan bersedia menjadi jentera hadapan Barisan Nasional.

Jika di medan perang mereka ini akan menjadi tentera barisan hadapan yang akan menyerang pada bila-bila masa sahaja sebaik sahaja diarahkan.

Gelombang Biru juga dihadiri oleh hampir kesemua ketua Umno Cawangan, semua JR(Jalinan Rakyat), Ketua Wanita Umno cawangan dan semua ahli-ahli Umno yang terdapat didalam Dun Sungai Rapat kecuali Ketua Umno Cawangan Pekan Razaki.

No comments:

Post a Comment