PAS nampaknya semakin terdesak untuk mendapatkan undi rakyat
memandangkan beberapa isu terutama isu penggunaan kalimah Allah oleh kristian.
Lalu sebagai satu strategi untuk mendapatkan semula undi mereka, PAS terpaksa
mengeluarkan modal sendiri untuk memberi voucher minyak RM5.00 kepada setiap
orang yang hadir pada majlis ceramah fitnah mereka.
Jika hendak membuat perbandingan, harga minyak yang telah
kerajaan BN bagi dengan nilai RM5.00 voucher minyak yang hanya boleh didapati
dalam ceramah fitnah PAS yang mana agaknya lebih praktikal? Harga minyak di
Malaysia adalah antara harga yang paling rendah di dunia dengan menduduki
tempat ke-lapan dari seluruh dunia. Tak cukup lagi?
Berapa sangat nilai voucher minyak RM5.00 yang diberi PAS
dalam ceramah fitnah mereka jika hendak dibandingkan dengan pemberian BR1M
RM500.00 setiap isi rumah dan juga RM250.00 bagi setiap orang bujang? Itu belum
lagi dikira dengan pemberian lain kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment