Tuesday 19 February 2013

Khalid Buat U-Turn, Takut Kalah PRU13


Akhirnya Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor paling konsisten pentadbiranya sehingga isu air pun tidak dapat diselesaikan mahupun keengganan beliau membenarkan Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) membina Empangan Langat 2, gagal memberi alaun-alaun bantuan seperti yang “dijanjikan” dalam manifesto 2008 TERPAKSA buat pusingan U dan akur Kerajaan negeri Selangor supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menurut Khalid, kesepakatan semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) daripada pakatan pembangkang untuk bersetuju  diadakan pilihanraya DUN & Parlimen serentak.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya parlimen," katanya

Sebelum ini Khalid berkata tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment