MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah
minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut
merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad
berhubung insiden yang berlaku.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya
termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan
walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan
Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri?
Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada
siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada
pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina
pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di
bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan
pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka
kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan
pemberontak Islam di selatan Filipina.
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina
yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian
besar orang Kristian.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata
adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah
telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di
sana.
"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk
selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah,"
katanya kepada AFP.
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan
Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak
ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.
"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak
mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,"
katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan
hak nenek moyang mereka'.
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino
telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan
Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan. -AFP
No comments:
Post a Comment