Tuesday 19 February 2013

Kakitangan KUIN Ajar PAS Kedah Supaya Tidak Terus Membodohkan Rakyat Kedah



kuin5
Walaupun PAS Kedah cuba bercakap dan berlagak besar dengan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil, namun terdapat banyak masalah lain yang tidak dapat dijelaskan oleh kepimpinan PAS Kedah. Sebaliknya PAS Kedah lebih kuat beretorik dan menuduh UMNO dalam semua masalah yang mereka sendiri cipta.
kuin4
Masalah membabitkan penganiayaan dan kezaliman ke atas kakitangan KUIN yang dilakukan oleh pengurusan KUIN dan PAS Kedah, cuba dipersalahkan kepada UMNO dengan melabelkan mana-mana kakitangan yang enggan tunduk apabila ditipu dan dianiaya oleh pengurusan KUIN sebagai AGEN UMNO. 
Justeru, bertitik tolak kepada tawaran Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang menawarkan bantuan guaman percuma kepada kakitangan KUIN yang mahu menuntut hak mereka yang telah ditipu oleh PAS dan pengurusan KUIN, hari ini, seramai 15 orang AJAK Gerakan Bersih KUIN yang mewakili 400 orang kakitangan KUIN telah berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Star. 
Acara tersebut berlangsung antara jam 11:00 sehingga 11:45 pagi tadi. Kumpulan tersebut diketuai oleh Azki Hafizi bin Ibrahim untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah. 
kuin2

Namun, hanya pada jam 11:24 pagi, barulah wakil Menteri Besar Kedah iaitu Helmi Khalid yang merupakan Setiausaha Sulit Menteri Besar Kedah yang hadir untuk menerima memorandum tersebut.
Memorandum yang diserahkan adalah, 'BANTAHAN DAN RASA KESAL DENGAN KENYATAAN YAB MB KEDAH MENGHERET ISU KEBAJIKAN KUIN KE DALAM KANCAH POLITIK DENGAN TUDUHAN MELULU SEBAGAI EJEN UMNO.'
kuin6
Sebelum ini, kumpulan yang sama telah mengutarakan beberapa tuntutan berkaitan penjelasan dan isu-isu seperti kebajikan kakitangan INSANIAH, insentif perpindahan ke Kuala Ketil, penubuhan INSANIAH HOLDINGS SDN. BHD, pemalsuan dokumen dalam pentadbiran INSANIAH, penamatan perkhidmatan Rektor yang tidak berwibawa selaku Ketua Eksekutif INSANIAH, penutupan operasi INSANIAH HOLDINGS yang merugikan KUIN, pembayaran tunggakan kenaikan gaji dan elaun-elaun serta bonus tahunan bermula dari Januari 2012 dan juga kajian serta tindakan dibuat ke atas perkara-perkara melibatkan kakitangan akademik luar dan kuliah-kuliah dalam program pengajian KUIN di samping memperkasakan Program Pengajian Islam
kuin1
Itu masalah-masalah yang sentiasa ditutup dan cuba diselewengkan oleh PAS Kedah dan pengurusan KUIN. Masalah-masalah tersebut tidak pernah cuba diselesaikan oleh PAS Kedah mahupun pengurusan KUIN. 
Selepas penyerahan memorandum, satu sidang media antara AJK BERSIH KUIN dengan wakil media dari KOSMO, STAR, METRO, RTM, TV9 dan media bebas/blogger telah dibuat. Kenyatan dibuat oleh Pn. Sajiah Yaakob, Mohd Farid bin Alias, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim dan Hasliza Abu Hasan yang berkisar tentang isi kandungan memorandum tersebut.
kuin3
Turut dijelaskan ialah berkenaan dua laporan polis yang telah dibuat.
Memorandum tersebut merupakan yang ketiga diserahkan oleh AJK BERSIH KUIN kepada Menteri Besar Kedah. 

No comments:

Post a Comment