Thursday 28 February 2013

HARAKAH LAPOR 'ULTRAMAN PENYEBAB JAMBATAN RUNTUH DI SCIENCE PARK 2 CYBERJAYA'


Inilah nilai sebenar Haprak Harakah, lidah rasmi parti PAS apabila melaporkan 'Ultraman spotted near ill-fated bridge?'.

Nilai bahan jenaka ringan seperti ini yang dijadikan bahan berita oleh wartawan Harakah untuk bacaan pembaca-pembaca media PAS itu.



Seperti yang kita tahu, satu jejambat  di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2 telah runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.

Media melaporkan kenyataan jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat mendapan tanah akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

Di antara laporan Haprak Harakah Daily :


On a more serious note, one fan on Harakahdaily's Facebook page gives this explanation : 
“For your information, the bridge was built and maintained by PKNS (Selangor State Development Corporation). The story from sources in PKNS goes that the area had been affected by soil deposition. That’s why the road had closed beneath the bridge after a discussion with LLM (Malaysia Highway Authority).”seterusnya
Seperti yang kita tahu, Haprak Harakah Daily terkenal dengan laporan pembohong mereka dan telah beberapa kali ditangkap menyebarkan pembohongan. Di antaranya ialah photoshop DS Najib Razak KLIK SINI

MB Kedah dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, DS Azizan Abdul Razak pernah menyelar lidah rasmi parti itu kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang. 

Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah. Baca Sini

Berita murahan Harakah Daily ini mengingatkan kita kepada Muktamar PAS tahun lepas. Lidah rasmi Pas Harakah dan portalnya, Harakahdaily telah dikritik hebat pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas kali Ke-53 di sini hari ini kerana melaga-lagakan pimpinan parti itu dan mempromosikan 'idea sesat'.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad pernah berkata, perkembangan terakhir ini jelas menunjukkan bahawa Harakah semakin tersasar daripada asas perjuangannya.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama ahli dan penyokong Pas yang menjadi pembaca setia.Ketiga, ada tulisan diambil sebiji-biji tanpa ulasan seperti mana satu tulisan daripada penulis berbangsa Cina yang dimasukkan dalam blog Lim Kit Siang dan dipetik oleh Harakah, berita ini menghina keintelektualan pimpinan kita," katanya.

Sidang editorial Harakah juga pernah dituntut dirombak laporan mereka lebih mencerminkan aspirasi sebenar Pas. Ada juga yang turut mendesak Pas Pusat supaya membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan lidah rasmi tersebut supaya selari dengan dasar parti itu.

Jika begitu teruk krisis dalaman Harakah dan rendahnya kredibiliti lidah rasmi parti PAS itu, patutlah Harakah mahu juga menyiarkan berita tentang Ultraman !

Dan untuk mengelak kita semua terhina dengan laporan merapu Harakah, di bawah adalah jawapan kepada insiden jambatan runtuh itu :
Insiden jambatan runtuh di Persimpangan Bertingkat Science Park 2 yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) petang ini adalah berpunca daripada pergerakan pada salah satu tiangnya. 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada beliau semasa sesi lawatan yang diadakan pada 7 Disember tahun lalu. 
"Semasa lawatan tersebut, saya telah diberi taklimat mengenai keadaan jambatan itu dan saya telah membuat keputusan untuk menutup jambatan itu dan laluan di bawahnya kepada lalu-lintas sepenuhnya atas faktor keselamatan. 
"Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Jambatan yang menjadi laluan utama ke Putrajaya dan Cyberjaya itu mula dibuka kepada lalu-lintas pada Mac 2012. 
Mengulas lanjut, Shaziman berkata, jambatan dan laluan itu telah ditutup kepada lalu-lintas berkuat kuasa 7 Disember lalu bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. 
"Saya juga telah menandatangani satu warta (gazet) di mana jalan ini ditutup sehingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada tarikh siap sebenarnya kerja-kerja membaiki jambatan ini," katanya. 
Sehubungan itu, menurut Shaziman, satu lencongan jalan telah diwujudkan di KM P2.4 melibatkan Persimpangan Bertingkat Science Park 2 (di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment