Justeru para pecacai Pakatan terpaksa buat gempar dan cuba menjatuhkan semangat yang sedang meluap-luap serta meredakan sokongan besar yang diterima oleh Perdana Menteri dan Barisan Nasional. Apatah lagi petunjuk daripada sambutan Tahun Baru Cina melibatkan Dong Zong di Bukit Bintang pula, lebih berpihak kepada Najib Abdul Razak berbanding Anwar Ibrahim yang tergopoh-gapah cuba menumpang populariti dan sokongan kepada Najib dan Barisan Nasional.
Mereka cuba menggodam e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan dengan penyiaran dua 'kenyataan Perdana Menteri' iaitu: 'MEMO PERMOHONAN RAKYAT MALAYSIA' dan 'PERDANA MENTERI SECARA RASMINYA MELETAK JAWATAN'.
Cubaan untuk menimbulkan suasana panik sekaligus mempercepatkan pengangkatan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Suasana panik juga diharapkan akan membawa masuk campurtangan asing ke negara ini. Malah suasana panik juga diharapkan akan menghentikan sama sekali kegiatan ekonomi, sekaligus melumpuhkan sistem kewangan dan ekonomi negara.
Yang sahihnya, ia samalah seperti pada tahun 1997-99 dahulu. Cuma dahulu, puak-puak Anwar Ibrahim menggunakan surat-surat layang dan surat-surat palsu sebelum disebarkan di tempat-tempat strategik terutama sekali di surau dan masjid. Sekarang, keadaan lebih canggih, mereka menggunakan kaedah godaman dan elemen Internet.
Makin dekat dengan Pilihanraya Umum, makin banyaklah perkara-perkara bodoh yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jangan terkejut kalau tiba-tiba sahaja rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita,
'ANWAR IBRAHIM DAN ISTERI MATI RENTUNG AKIBAT TERHEMPAS HELIKOPTER, MAYAT TIDAK DITEMUI!'
Cuma ada satu persoalan besar yang turut ditanya berhubung kejayaan hackers Pakatan Rakyat ini...
DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN BESAR UNTUK E-AKHBAR DAN E-PRESS, TAKKANLAH LANGSUNG TIDAK ADA USAHA FIREWALL daripada webmaster Jabatan Penyiaran sehingga perkara SEBODOH itu pun boleh lepas?
Webmaster tertidur atau bayaran tak cukup lagi ke?
Ketua Pengarah Penyiaran perlu jawab nih dan tidak hanya menjawab tentang dua kenyataan palsu itu sahaja... tolong terangkan, mengapa pemantauan seringkali gagal dan mengapa hackers seringkali berjaya menerobos masuk dan merosakkan wang rakyat yang digunakan untuk membangunkan aplikasi serta laman web berkenaan!!!
No comments:
Post a Comment