Tuesday, 26 February 2013

P Balasubramaniam Curi RM50,000 Sebelum Pembunuhan Altantuya


altantunya-bala

PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

bala-curi-duit-altantunyaMalah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.
Category


Read more: http://www.jeringdaily.com/2013/02/p-balasubramaniam-curi-rm50000-sebelum.html#ixzz2LvYiri8X

No comments:

Post a Comment