Assalamualaikum,
Semalam (10.02.2013) PKR telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah. Dianggarkan sekitar 1500 orang hadir pada Majlis tersebut yang bertempat Putera Ballroom KK pukul 7:00-10:00mlm. Terdahulu DSAI dikhabarkan telah menghadiri Program Ceramah PKR bertempat di Kg. Paginatan Ranau, Forum Suara Anak Sabah (SUASA) dan seterusnya bergerak ke sesi Dialog DSAI bersama anak muda dan golongan profesional di Hotel Megah Tg aru setelah berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina tersebut.
Ulasan pengarang,
Majoriti yang datang terdiri daripada ahli-ahli PKR yang datang dari seluruh negeri Sabah. Pengarang beranggapan, tindakan memanggil dan mengarahkan setiap daerah di negeri Sabah untuk menghantar wakil pada Majlis tersebut ada kaitan dengan nasib yang menimpa Program DAP yang hanya dihadiri oleh kurang daripada 50 orang hadirin meskipun disajikan dengan makanan percuma.
Namun bukan itu yang menjadi tumpuan Pengarang, fokus utama pengarang lebih kepada slot ceramah DSAI kepada hadirin. Akhirnya seperti yang pengarang duga, isu kalimah Allah akan berkumandang dan akan dimainkan oleh DSAI. Dan untuk isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS. Kalau Pengarang ulas tanpa bukti nanti orang-orang PR dan Cybertrooper yang dibayar gaji ribuan ringgit pasti akan tuduh pengarang suka menfitnah. Oleh itu, anda tonton sendiri video tersebut.
Wujud lagi satu pendedahan penting yang keluar daripada mulut DSP Lajim sendiri ketika beliau berucap di Program Kebangkitan Rakyat bersama DSAI yang bertempat di Perkarangan Rumah En Justinus Baharum (Kg Linsudan Apin-apin). Akhirnya DSP Lajim mengakui sendiri berdasarkan keadaan semasa, PR Sabah hanya mampu memperolehi 3 kerusi Parlimen di Sabah. Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangkakan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah. Pengarang mengandaikan ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim termasuklah, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan.
Pengarang beranggapan, Kerusi-kerusi yang sebelum ini dijangkakan menang kini berhadapan dengan risiko sabotaj daripada ahli-ahli dalam PR itu sendiri dan DSP Lajim menyedari perkara tersebut. Pengarang juga mengandaikan, ramalan 3 kerusi Parlimen tersebut mungkin juga terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon PPPS seperti di Parlimen P173 Putatan, P176 Kimanis dan P177 Beaufort. Walau apapun ramalan yang diletakkan, apa yang pasti, kesemua kawasan Parlimen tersebut telah ada wakil daripada PKR, DAP dan PAS. Sabotaj daripada ahli-ahli PR itu adalah sesuatu yang pasti dan kini situasi tersebut semakin menghantui DSP Lajim. DSP Lajim kini semakin terdesak untuk meyakinkan penyokong-penyokong beliau yang beliau tidak akan kembalik kepada BN sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen P177 Beaufort kelak. Kegusaran penyokong DSP Lajim ada hubungkait dengan isu bahawa DSP Lajim masih ahli UMNO.
Kini keadaan PR Sabah semakin kritikal berbanding dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. Meskipun DSAI menggambarkan wujud kebangkitan di kalangan rakyat Sabah, namun pengarang tetap menafikan kebangkitan tersebut berdasarkan bukti bahawa hadirin yang meramaikan program PR di Sabah adalah di upah. Bukti ini pengarang perolehi sendiri daripada adik seorang sahabat yang berada di Papar, beliau khabarkan adik beliau di upah RM30 ringgit untuk hadir pada sesi ceramah DSAI di Papat tahun lalu. Mereka dijemput oleh sebuah van dan diberi duit RM30 ketika berada di dalam yang seterusnya membawa mereka ke lokasi tempat DSAI berceramah. Bukti sudah nyata, PR Sabah bakal kecewa lagi!

No comments:
Post a Comment