Monday 25 February 2013

Manifesto Pakatan Rakyat? Untuk 'Haiwan' Bodoh Sahaja...



Apa faedah keluarkan manifesto sekiranya Pakatan kata ia bukannya janji? Menurut Pakatan, sebuah manifesto hanyalah alat untuk menang pilihanraya. Mereka tidak bertanggungjawab menunaikannya sekiranya menang. Sudah terang lagi bersuluh. Pakatan hanya mampu menaburkan janji-janji manis tapi tak mampu tunaikan janji mereka!

Sepatutnya sebelum Pakatan keluarkan Manifesto baru, tunaikanlah dulu janji - janji Manifesto PRU 12.

Jangan termakan dengan janji Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka. Sedangkan janji 2008 masih lagi terkubur manifesto bukan janji.

Penurunan harga petrol, caj elektrik serta air lebih rendah dan menghapuskan tol, itu antara janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Manifesto bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu dibentangkan sebagai manifestasi perpaduan antara PKR, PAS dan DAP dalam menghadapi persaingan pilihan raya diumum di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ketika membentangkan manifesto berkenaan berkata ia dibentuk berasaskan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. [SETERUSNYA]

#"Pakatan Harapan Rakyat" atau "Pakatan Mengharapkan Rakyat" keliur dengan manifesto Pakatan Rakyat ni...???

No comments:

Post a Comment