Tuesday, 26 February 2013

Syarikat Milik Bendari Pas Buat Rumah Di Tapak Masjid ?




Setelah mengaut kekayaan melalui projek perumahan di zaman Pas menjadi kerajaan di Terengganu, kini kedua-dua orang ini sepi menghilang.Bendahari Pas Kuala Terengganu Zainuddin Abu Bakar yang dilantik oleh Ketuanya, Dato’ Wan Mutalib Embong waktu itu, yang juga Exco Kerajaan Terengganu menubuhkan beberapa syarikat, termasuk Pembinaan ANZ Sdn.Bnd yang telah membolot kesemua 10 projek perumahan kerajaan negeri waktu itu.

Wan Mutalib adalah Exco Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Awam Negeri juga Pengerusi GPQ anak syarikat SEDC yang menjalankan projek perumahan.Antara projek yang diberikan kepada ANZ ini ialah:-Taman Maidam Tok Jembal- Projek Perumahan Milik Maidam. Taman Maida mini mengandungi rumah kedai dua tingkat bernilai waktu itu RM198, 000 hingga RM213, 000 seunit.

Juga rumah teres setingkat. Tapak ini asalnya untuk tujuan pembinaan masjid tetapi akhirnya diberikan kepada Bendahari Pas.Perumahan Bukit Bayas Indah- Ia adalah projek milik Tabung Warisan Negeri (sebahagian wang minyak yang disimpan oleh kerajaan BN melalui tabung ini). Tetapi projek ini akhirnya bila Pas berkuasa diberikan kepada ANZ Bendahari Pas itu.

Mengandungi rumah banglo setingkat dan kembar setingkat. Orang Cina juga dibenarkan membeli rumah yang dibangunkan ANZ ini bagi menambah keuntungan dengan harga yang lebih.

Selain dari itu semua projek Rumah Awam yang anak syarikat SEDC iaitu GPQ menjadi pemborongnya diserahkan kepada ANZ untuk menjalankannya. Memang mudahlah diberikan kepada Bendahari sendiri, sebab Wan Mutalib adalah Pengerusi GPQ.Wan Mutalib dikatakan juga ada saham dan kepentingan dalam syarikat milik anak buahnya itu.

Projek-projek perumahan lain yang diberikan kepada ANZ ialah. Sungai Kerak, Durian Guling, Banggol Peradong dan Gong Pasir Dungun.Semua projek perumahan kerajaan negeri waktu itu diberikan kepada Bendahari Pas itu.

Pegawai kerajaan tidak berani berbuat apa apa sebab Wan Mutalib sendiri menjaga hal ehwal perkhidmatan awam negeri, mengambil alih peranan Setiausaha Kerajaan, misalnya dari segi pertukaran,disiplin dan sebagainya. Jadi semua pegawai dan kakitangan awam negeri amat takut kepada Wan Mutalib.

Sekalipun Wan Mutalib guna kuasa untuk kroni dan pelbagai untuk diri sendiri, malah melantik syarikat guaman miliknya sendiri Wan Mutalib and Co sebagai guaman rasmi beberapa agensi kerajaan, semua tidak berani bantah.Sekarang, setelah mengaut kekayaan dan menjadi jutawan, Zainudin dan Wan Mutalib sudah tidak kedengaran dalam ceramah ceramah Pas. Ke mana perginya mereka.

Sumber

No comments:

Post a Comment