Thursday 28 February 2013

HARAKAH LAPOR 'ULTRAMAN PENYEBAB JAMBATAN RUNTUH DI SCIENCE PARK 2 CYBERJAYA'


Inilah nilai sebenar Haprak Harakah, lidah rasmi parti PAS apabila melaporkan 'Ultraman spotted near ill-fated bridge?'.

Nilai bahan jenaka ringan seperti ini yang dijadikan bahan berita oleh wartawan Harakah untuk bacaan pembaca-pembaca media PAS itu.



Seperti yang kita tahu, satu jejambat  di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2 telah runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.

Media melaporkan kenyataan jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat mendapan tanah akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

Di antara laporan Haprak Harakah Daily :


On a more serious note, one fan on Harakahdaily's Facebook page gives this explanation : 
“For your information, the bridge was built and maintained by PKNS (Selangor State Development Corporation). The story from sources in PKNS goes that the area had been affected by soil deposition. That’s why the road had closed beneath the bridge after a discussion with LLM (Malaysia Highway Authority).”seterusnya
Seperti yang kita tahu, Haprak Harakah Daily terkenal dengan laporan pembohong mereka dan telah beberapa kali ditangkap menyebarkan pembohongan. Di antaranya ialah photoshop DS Najib Razak KLIK SINI

MB Kedah dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, DS Azizan Abdul Razak pernah menyelar lidah rasmi parti itu kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang. 

Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah. Baca Sini

Berita murahan Harakah Daily ini mengingatkan kita kepada Muktamar PAS tahun lepas. Lidah rasmi Pas Harakah dan portalnya, Harakahdaily telah dikritik hebat pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas kali Ke-53 di sini hari ini kerana melaga-lagakan pimpinan parti itu dan mempromosikan 'idea sesat'.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad pernah berkata, perkembangan terakhir ini jelas menunjukkan bahawa Harakah semakin tersasar daripada asas perjuangannya.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama ahli dan penyokong Pas yang menjadi pembaca setia.Ketiga, ada tulisan diambil sebiji-biji tanpa ulasan seperti mana satu tulisan daripada penulis berbangsa Cina yang dimasukkan dalam blog Lim Kit Siang dan dipetik oleh Harakah, berita ini menghina keintelektualan pimpinan kita," katanya.

Sidang editorial Harakah juga pernah dituntut dirombak laporan mereka lebih mencerminkan aspirasi sebenar Pas. Ada juga yang turut mendesak Pas Pusat supaya membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan lidah rasmi tersebut supaya selari dengan dasar parti itu.

Jika begitu teruk krisis dalaman Harakah dan rendahnya kredibiliti lidah rasmi parti PAS itu, patutlah Harakah mahu juga menyiarkan berita tentang Ultraman !

Dan untuk mengelak kita semua terhina dengan laporan merapu Harakah, di bawah adalah jawapan kepada insiden jambatan runtuh itu :
Insiden jambatan runtuh di Persimpangan Bertingkat Science Park 2 yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) petang ini adalah berpunca daripada pergerakan pada salah satu tiangnya. 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada beliau semasa sesi lawatan yang diadakan pada 7 Disember tahun lalu. 
"Semasa lawatan tersebut, saya telah diberi taklimat mengenai keadaan jambatan itu dan saya telah membuat keputusan untuk menutup jambatan itu dan laluan di bawahnya kepada lalu-lintas sepenuhnya atas faktor keselamatan. 
"Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Jambatan yang menjadi laluan utama ke Putrajaya dan Cyberjaya itu mula dibuka kepada lalu-lintas pada Mac 2012. 
Mengulas lanjut, Shaziman berkata, jambatan dan laluan itu telah ditutup kepada lalu-lintas berkuat kuasa 7 Disember lalu bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. 
"Saya juga telah menandatangani satu warta (gazet) di mana jalan ini ditutup sehingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada tarikh siap sebenarnya kerja-kerja membaiki jambatan ini," katanya. 
Sehubungan itu, menurut Shaziman, satu lencongan jalan telah diwujudkan di KM P2.4 melibatkan Persimpangan Bertingkat Science Park 2 (di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya. - UTUSAN

Pembangkang Guna Khidmat 2 Ekor 'Ular Hitam' Untuk Menipu Rakyat


Bala-Deepak-ular-hitam

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.

Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala  disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4.

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran.

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.



PRU13 : Kenapa Anwar Gelabah Laporan Sin Chew ?


GA – Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat ‘damaging’ dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini.
Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:-
BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.
1. DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
2. Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
3. India akan kembali bersama BN;
4. MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
5. PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
6. Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;
Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian ‘damage control’ segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini.
Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performanceDAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti.
40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai ‘second-in-command’ kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan.
Amacam Pak Sheikh?

MUSLIMUT PAS YANG BIKIN KACAU DI UKM SEMASA PROGRAM DATIN SERI ROSMAH TERBONGKAR!





Inilah produk kelahiran PAS yang semakin melampau dan kurang ajar, ini minah-minah yang sepatutnya belajar kat U tapi sibuk nak jadi muslimut PAS dan biadap pulak tu, muka sudah ada, apa lagi, kasi ajar la lahanat ni semua, oh ya mari baca apa yang telah mereka lakukan semalam.

Tindakan sekumpulan mahasiswi UKM yang membuat ‘Perhimpunan Aman’ di perkarangan Dewan Canselor Tun Abdul Razak petang tadi semata-mata untuk menunjukkan betapa besar kepalanya mereka yang baru setahun jagung dalam dunia politik negara.

Lebih memalukan, kira-kira 10 orang mahasiswi terbabit yang menggelarkan diri sebagai kumpulan AKSIS UKM kononnya cuba meraikan kedatangan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang datang ke institusi berkenaan bagi menghadiri Majlis Legacies of Women Forum dengan cara yang amat biadap.

Inilah masalahnya apabila wujudnya sesetengah golongan mahasiswi yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu berfikir. Menuduh pihak lain dengan 1001 macam fitnah dan meminta pihak itu untuk memberi jawapan mengikut acuan mereka sahaja.

Kedengaran mahasiswi ini meminta Rosmah supaya menjawab persoalan mengenai isu pembelian cincin serta barangan jenama yang digunakan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu sedangkan perkara itu telah lama dilakukan oleh Rosmah.

Selepas isu berkaitan pembelian cincin berlian serta barangan jenama lain, bukankah Rosmah sudah menjawab persoalan ini berulang-ulang kali dalam ucapannya. Nampaknya pelajar-pelajar ini tidak membuat sebarang persediaan sebelum melontarkan suara.

Salah seorang mahasiswi berkenaan yang difahamkan ketua kepada perhimpunan aman tersebut kemudiannya membuat laungan kononnya kumpulan itu hanya berhimpun untuk melontarkan pandangan mereka.

Namun, apa yang peliknya apabila salah seorang pensyarah institut terbabit mencadangkan mereka mengadakan pertemuan bersama Rosmah selepas majlis yang dihadirinya lantas lain pula yang dijawab.

“Isu ini sudah lama, mengapa baru sekarang Rosmah nak jawab.

“Kami mahu Rosmah turun ke perkarangan dewan ini untuk berjumpa kami dan membuat sidang media,” kata salah seorang wakil Aksis UKM.

Tidakkah permintaan ini menunjukkan kebiadapan seorang pelajar terhadap seseorang yang boleh dianggap sebagai ibu apatah lagi wanita itu adalah isteri pemimpin negara.

Kalaupun tidak mahu menghormati Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri maka hormatilah wanita itu sebagai orang yang lebih berumur.

Dimanakah hilangnya adab menghormati orang tua di kalangan pelajar-pelajar ini.

Sudahlah tidak ada adab dengan orang tua, bertambah teruk mahasisiwi ini menambah lagi keangkuhan mereka terhadap Rosmah dengan membuat fitnah kononnya beliau lari dari menemui pelajar itu melalui pintu belakang.

Berikut adalah antara artikel dari AKSIS UKM yang PerakToday.com temui:

Selanjutnya baca di Perak Today

Siapa Arah Bunuh Altantuya : Bala Gagal Kemuka Bukti


alt
 
Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam malam tadi jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Beliau yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa Najib terlibat dengan kes itu, namun menarik kembali tuduhan berkenaan dalam SD kedua telah tiba di tanah air Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa orang pemimpin parti pembangkang.  
 
Penyiasat persendirian itu gagal mengemukan bukti mendakwa Najib terlibat dengan kematian Altantuya dengan memberi alasan bahawa kes itu sudah lama berlaku dan sudah lupa.
 
"Minta maaf, sudah lama…jadi saya lupa," katanya dihadapan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.
 
alt
 
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung SD yang mendakwa Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
 
Selain itu, Balasubramaniam turut gagal mengemukan bukti kepada para hadirin apabila membuat pengakuan bahawa pernah membuat rakaman perbualannya dengan perniaga permaidani, Deepak Jaikishan berhubung tawaran Deepak bagi menarik balik SD pertama bernilai RM100, 000.
 
Pada majlis yang dikendalikan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin itu,  Balasubramaniam turut melahirkan rasa kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) sejak berumur 14 tahun.
 
alt
 
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mencabar Balasubramaniam memdedahkan bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
 
Menurut beliau, Balasubramaniam dan pembangkang hanya ingin menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan menerusi ceramah-ceramah berunsur retorik yang disampaikannya.

Wednesday 27 February 2013

Kenapa Ada Salib Di Buku Manifesto Pakatan...???


Desas desus yang mengatakan agama kristian akan di jadikan agama rasmi malaysia dan seorang yang beragama kristian akan di lantik menjadi perdana menteri, kini sudah nampak kebenarannya...

Apa motif pakatan meletakan tanda salib pada buku manifesto mereka, adalah tidak adil logo kristian di letak di buku manifesto tapi tidak simbol bulan dan bintang yang menjadi tanda agama Islam di ketepikan, bagai mana pula dengan simbol agama hidu, sikh dan buddha?

Kenapa salib mendapat tempat istimewa dalam manifesto pakatan...???


Peniaga Medan Selera Sungai Serai terus bantah arahan berpindah?


 

Seramai 16 peniaga gerai Medan Selera Unit Perancang Ekonomi (Upen) Hulu Langat di Batu 12, Sungai Serai di sini mengadakan bantahan aman sebagai menyatakan pendirian untuk tidak berpindah ke tapak gerai baharu di Taman Perkasa.

Mereka memberitahu menerima notis yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertarikh 29 Januari lalu yang mengarahkan mereka berpindah dengan segera.

Pada Jumaat lalu, pihak MPKj telah mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan peniaga-peniaga terbabit bagi tujuan cabutan undi petak gerai namun para peniaga tersebut bertindak memprotes untuk tidak berpindah ke kawasan baharu yang disifatkan tidak strategik.

Peniaga gerai makanan, Sofiah Kassim, 45, berkata, ketika perjumpaan dengan pihak MPKj, para peniaga tidak bersetuju untuk berpindah dan meminta pihak itu untuk melanjutkan tempoh notis itu dengan menambah kepada sebulan lagi.

"Pihak MPKj menyatakan mereka tetap dengan pendirian dengan mengeluarkan surat tawaran pemindahan untuk kami dalam masa terdekat. Kami meminta pihak tersebut mengkaji semula untuk membawa kami berpindah ke tempat yang kami cadangkan iaitu di Taman Nanding," katanya.

Sofiah merupakan sebahagian peniaga yang menyertai sesi bantahan aman bersama-sama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di sini hari ini.

Peniaga, Anuar Talib, 53, meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak bertanggungjawab dan mendakwa arahan tersebut mungkin berpunca dengan kewujudan bangunan lot kedai di belakang gerai mereka yang telah siap dibina pada bulan lalu.

"Tapak gerai kami akan dirobohkan bagi memberi laluan ke bangunan tersebut. Sepatutnya pihak bertanggungjawab berunding dengan kami terlebih dahulu sebelum pembinaan bangunan itu tetapi apabila ia telah siap dibina, kami dihalau tanpa ada pampasan," katanya.

Peniaga gerai buah-buahan, Lee Kim Ling, 53, pula berkata, mereka perlu membayar sewa sebanyak RM50 sebulan di gerai sekarang dan pihak MPKj menawarkan sewa percuma selama enam bulan namun bukan itu yang mereka harapkan sebaliknya pendapatan.

"Pengunjung biasanya terdiri daripada orang yang melalui jalan besar berhadapan gerai kami dan peniaga gerai makanan mempunyai pelanggan tetap.

"Sekiranya berpindah, pendapatan kami akan terjejas kerana kawasan baharu itu terdiri daripada kawasan perumahan bagi mereka yang sibuk bekerja pada waktu siang," jelasnya.

Mereka juga berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat turun padang melihat sendiri permasalahan serta membantu mereka sebaliknya sehingga kini hanya pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membantu mereka.

Dalam perkembangan sama, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata sekiranya isu ini tidak selesai, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar dalam masa terdekat.

Tuesday 26 February 2013

Konvensyen Khas PR Perkenal Manifesto, Boleh Percaya Ke?




konvensyen_Khas_pakatan_rakyat_manifesto_tipu
PAKATAN haram ini dilaporkan akan mengadakan Konvensyen Khas sebelum pilihanraya umum bermula, antara lain untuk memperkenalkan Manifesto Pakatan Rakyat – walaupun Pakatan Rakyat tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya masing-masing parti DAP, PKR dan PAS.

Biasalah, hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya puak-puak ini berkomponen seperti mana BN.
Ramai orang hairan, bagaimana setelah kantoi menipu beberapa kali kerana gagal melaksanakanmanifesto 2008, malah Menteri Besar Selangor mengisytiharkan pulak manifesto bukan perjanjian, Pakatan haram ini masih ingin memperkenalkan manifesto untuk pilihanraya umum yang akan datang.
Siapa nak percaya?

Tapi ini bukan masalah, sebab Pakatan itu sendiri was shrouded (diselubungi) oleh penipuan dari mula.  Ada jugaklah yang percaya tu, terutama jenis yang hati dah hitam dan tidak nampak lain melainkan bulan dengan muka Anwar dan roket di tengah-tengah. Anwar tipu pasal nak bentuk kerajaan pada 16 September pun masih ada yang percayakan dia sampai sekarang, apalah sangat pasal manifesto ini ya.

Walaupun belum dilancarkan, tapi penulis tidak rasa akan ada apa-apa yang baru dalam manifesto itu nanti – baru dari segi maksud perkara yang besar-besarlah.  Dengan Pakatan tidak buat kerja lain melainkan berceramah hampir setiap malam sejak 5 tahun lepas, penulis rasa semua orang pun sudah tahu apa yang nak ditulis dalam manifesto itu nanti. Pendidikan percuma, tol percuma, air percuma, kereta murah, itu turun, ini turun, bla bla bla.  Pendek kata nak jadikan Malaysia ini macam syurga dunialah, semua yang percuma dan murah ada disini, tak jumpa tempat lain.

Logik tak logik belakang kira, yang penting tipu orang dulu, dengan harapan menang.  Penulis dah kata orang bodoh, gila dan mudah dimanipulasi ini ada dimana-mana dalam dunia, banyak dengan sedikit sahaja beza.
Bagaimanapun, untuk majoriti rakyat yang lebih waras dan rasional pemikirannya, inilah masa untuk menetapkan keputusan.  Takkanlah dari banyak perkara yang gagal dilaksanakan Pakatan haram ini, kita masih mahu percaya manifesto mereka lagi kali ini.

Hajat dan niat untuk berkuasa dan memenuhkan kepentingan diri sendiri sahaja, bukan nak bantu rakyat sangat pun.  Buktiknya, lihat sahajalah di negeri-negeri yang diperintah mereka sekarang, adakah rakyat diutamakan.  Kalau rakyat diutamakan, semua janji manifesto yang lepas akan diutamakan dulu, tapi bukan itu yang berlaku.

Alasannya, manifesto bukan janji!!
Ini bukan setakat cakap, tapi alasan sama nak digunakan untuk tujuan pembelaan di Mahkamah nanti, setelah berpuluh ribu rakyat mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, antaranya air percuma 20m3 (untuk meter pukal), bantuan ibu tunggal, bantuan kanak-kanak pra-sekolah,

Jadi rakyat perlu fikir kesan percayakan manifesto puak-puak ini, dan perlu ingat satu lagi hal,PAKATAN RAKYAT TIDAK BERDAFTAR!!  Apa pun alasan kenapa tak daftar, itu tidak penting, yang penting, tidak daftarlah.  Bila tak daftar, tidak ada pertanggungjawaban untuk penuhi semua janji tersebut.
Kesan manifesto tidak bertuan ini besar.  Kalau dah menang, Anwar pusing cakap macam mana?  Kepada siapa rakyat nak mengadu?

Nak bawak ke mahkamah, nama siapa yang nak disebut sebagai defendan? Nanti hakim tanya “siapa ini Pakatan Rakyat?”, nak tunjuk apa sebagai bukti? Rakyat Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang kena dah.  Yang buat janji sebelum PRU 2008 Barisan Alternatif (BA), alih-alih nama itu hilang, ganti dengan Pakatan Rakyat.  Itu yang puaj-puak ini selamba beruk tidak laksanakan janji sebab depa tahu mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Jadi berjaga-jagalah kita.  Tolaklah Pakatan ini sebab dia buat janji macam bela polong juga, tidak ada nama, penyudahnya nanti, jadilah polong tidak bertuan.

Penerima BR1M Binatang - Bob Lokman VS Nik Aziz - Video


Mentaliti dan cara berfikir Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah terlalu jumud dan hampir kepada jahat apabila lebih mementingkan nafsu untuk berkuasa daripada membela nasib rakyat.

Rakyat dibiarkan ber'sekedudukan' dengan biri-biri tanpa langsung menghiraukan kebajikan mereka, bahkan dek kerana sikap pentingkan diri sendiri dan ingin memuaskan nafsu riaknya semata-mata, beliau sanggup bertahan dengan mengepalai kerajaan Kelantan biarpun ternyata beliau gagal dalam membangunkan segala-galanya.

Lantaran kegagalan beliau itu, rakyat menjadi mangsanya, apa saja yang disumbangkan oleh kerajaan pusat kepada rakyat, sehabis daya cuba dinafikannya, bila rakyat miskin, Nik Aziz mengatakan rakyat miskin itu bodoh kerana tidak mencari harta yang begitu banyak diberikan oleh Allah Taala diatas muka bumi ini.

Jika kerajaan pusat memberi apa-apa subsidi kepada rakyat, Nik Aziz mendakwa pemberian subsidi itu akan merosakkan rakyat dan rakyat menjadi pemalas, terbaru isu BR1M, Nik Aziz dengan rasa tidak berdosanya menyifatkan rakyat yang menerima BR1M itu seperti haiwan, semua itu hanyalah demi politik bukan demi agama, dan sikap seperti Nik Aziz inilah yang sebenarnya merosakkan umat Islam.

Nik Aziz pegang kerajaan dah lebih 23 tahun, tapi masjid pun dia tak mahu buat, dia suruh rakyat buat, bagi subsidi dia kata rakyat akan jadi malas, bagi duit BR1M pun dikatanya macam binatang, semua tak pernah kena, habis kerajaan ni untuk apa ? Untuk buat apa ? Untuk mengtekedarah balak dan baham tanah rakyat je ke kerjanya.

Bertaubatlah Menteri Besar Negeriku YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semakin lama diatas takhta semakin banyaklah buruknya terbongkar, berundurlah sebelum diundurkan, kerana berundur itu masih ada yang menyayangi dan bila diundurkan pasti telah ramai yang membenci. Anda Mampu Mengubahnya.


Syarikat Milik Bendari Pas Buat Rumah Di Tapak Masjid ?




Setelah mengaut kekayaan melalui projek perumahan di zaman Pas menjadi kerajaan di Terengganu, kini kedua-dua orang ini sepi menghilang.Bendahari Pas Kuala Terengganu Zainuddin Abu Bakar yang dilantik oleh Ketuanya, Dato’ Wan Mutalib Embong waktu itu, yang juga Exco Kerajaan Terengganu menubuhkan beberapa syarikat, termasuk Pembinaan ANZ Sdn.Bnd yang telah membolot kesemua 10 projek perumahan kerajaan negeri waktu itu.

Wan Mutalib adalah Exco Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Awam Negeri juga Pengerusi GPQ anak syarikat SEDC yang menjalankan projek perumahan.Antara projek yang diberikan kepada ANZ ini ialah:-Taman Maidam Tok Jembal- Projek Perumahan Milik Maidam. Taman Maida mini mengandungi rumah kedai dua tingkat bernilai waktu itu RM198, 000 hingga RM213, 000 seunit.

Juga rumah teres setingkat. Tapak ini asalnya untuk tujuan pembinaan masjid tetapi akhirnya diberikan kepada Bendahari Pas.Perumahan Bukit Bayas Indah- Ia adalah projek milik Tabung Warisan Negeri (sebahagian wang minyak yang disimpan oleh kerajaan BN melalui tabung ini). Tetapi projek ini akhirnya bila Pas berkuasa diberikan kepada ANZ Bendahari Pas itu.

Mengandungi rumah banglo setingkat dan kembar setingkat. Orang Cina juga dibenarkan membeli rumah yang dibangunkan ANZ ini bagi menambah keuntungan dengan harga yang lebih.

Selain dari itu semua projek Rumah Awam yang anak syarikat SEDC iaitu GPQ menjadi pemborongnya diserahkan kepada ANZ untuk menjalankannya. Memang mudahlah diberikan kepada Bendahari sendiri, sebab Wan Mutalib adalah Pengerusi GPQ.Wan Mutalib dikatakan juga ada saham dan kepentingan dalam syarikat milik anak buahnya itu.

Projek-projek perumahan lain yang diberikan kepada ANZ ialah. Sungai Kerak, Durian Guling, Banggol Peradong dan Gong Pasir Dungun.Semua projek perumahan kerajaan negeri waktu itu diberikan kepada Bendahari Pas itu.

Pegawai kerajaan tidak berani berbuat apa apa sebab Wan Mutalib sendiri menjaga hal ehwal perkhidmatan awam negeri, mengambil alih peranan Setiausaha Kerajaan, misalnya dari segi pertukaran,disiplin dan sebagainya. Jadi semua pegawai dan kakitangan awam negeri amat takut kepada Wan Mutalib.

Sekalipun Wan Mutalib guna kuasa untuk kroni dan pelbagai untuk diri sendiri, malah melantik syarikat guaman miliknya sendiri Wan Mutalib and Co sebagai guaman rasmi beberapa agensi kerajaan, semua tidak berani bantah.Sekarang, setelah mengaut kekayaan dan menjadi jutawan, Zainudin dan Wan Mutalib sudah tidak kedengaran dalam ceramah ceramah Pas. Ke mana perginya mereka.

Sumber

Azmin Ali Dalang Penyebaran SMS Palsu ?




SMS palsu menyamar BN Selangor ini dihantar oleh nombor berikut : 0133868376 (prepaid celcom)

Pemilik no hp berkenaan ialah : 
Ic. 950802105714
Wan surya Nadia binti wan azmi

Alamat : 6-0-4 kelumpuk tempua b jalan 9/56 ampang ulu klang.
Budak lagi ni. Agaknya Azmin Ali suruh ni.. Kesian, muda2 dah belajar sebar fitnah dan menipu.

Lim Guan Eng Arahkan Melayu DAP Gigit Najib Razak


DAP menafikan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung umat Islam akan ditindas di bawah pemerintahan parti itu lantas mengemukakan satu laporan polis bagi menangkis segala dakwaan tersebut. Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Yang Mulia Tengku Zulpuri Shah Raja Puji apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataannya semasa program Jelajah Janji DItepati peringkat Terengganu dan sisiarkan di laman web The Star bertarikh 24 Februari 2013. Lagi Selanjutnya KLIK DISINI


Gua lihat betapa lakhanatnya DAP parti Cina Racist ni yang begitu takut untuk tampil ke hadapan membuat laporan Polis ke atas Najib Razak. Mana pemimpin Cina DAP? Kenapa diarahkan Melayu DAP untuk buat laporan Polis ke atas Najib Razak?

Sedarlah wahai orang Melayu, DAP telah memperbodohkan anda semua dengan menjadikan Melayu DAP sebagai pencacai mereka. Melayu DAP diarahkan buat laporan Polis sedangkan parti DAP yang dominan milik Cina Racist diketuai Lim Kit Siang anak beranak dengan Lim Guan Eng bertindak  enikus dalam pekara ini.

Yang Melayu DAP pulak bagaikan lembu dicucuk hidung bila mengiyakan apa apa arahan Cina DAP. Lihatlah dunia betapa bodohnya Melayu yang berdamping dengan Cina Racist DAP.

Gobala : Anwar Simpan Dana Peribadi Di Luar Negara!



Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.

“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya. Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura. “Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

NIK AZIZ! INI PUN HAIWAN GAK KE?


Ce cite sikit wahai Bapak Haiwan bernama Nik Aziz? Apakah mereka ini pun syaitan jugak? 




DOA K.O. DARI PAS BERJAWAB LAGI !!! ALLAH MAHA BESAR !!!



Sebelum ini, I4TT pernah keluarkan satu artikel bertajuk DOSA ATAS DOA SESAT NIK AJIZ TELAH ALLAH MAKBULKAN !!! (KLIK SINI)

Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di Rusila,  terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.

Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik diri dan parti Pas.

Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh berlaku di Sekolah Haji Hadi itu... sesuatu petunjuk kepada yang benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.

Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak.

Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.

Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulama Pas juga tidak bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.

Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.

Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran.

Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan untuk direnungi.

Bila atap stadium di Gong Badak yang sedang dibaiki jatuh baru-baru ini, macam-macam puak-juak Pas mengata, tetapi apa ulasan mereka pula bila Sekolah Hadi di Rusila terbakar buat kali kedua ini ? 

Terbakar ketika dalam suasana hujan….

Sumber : Terengganu Today

P Balasubramaniam Curi RM50,000 Sebelum Pembunuhan Altantuya


altantunya-bala

PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

bala-curi-duit-altantunyaMalah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.
Category


Read more: http://www.jeringdaily.com/2013/02/p-balasubramaniam-curi-rm50000-sebelum.html#ixzz2LvYiri8X