Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam malam tadi jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa Najib terlibat dengan kes itu, namun menarik kembali tuduhan berkenaan dalam SD kedua telah tiba di tanah air Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa orang pemimpin parti pembangkang.
Penyiasat persendirian itu gagal mengemukan bukti mendakwa Najib terlibat dengan kematian Altantuya dengan memberi alasan bahawa kes itu sudah lama berlaku dan sudah lupa.
"Minta maaf, sudah lama…jadi saya lupa," katanya dihadapan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung SD yang mendakwa Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Selain itu, Balasubramaniam turut gagal mengemukan bukti kepada para hadirin apabila membuat pengakuan bahawa pernah membuat rakaman perbualannya dengan perniaga permaidani, Deepak Jaikishan berhubung tawaran Deepak bagi menarik balik SD pertama bernilai RM100, 000.
Pada majlis yang dikendalikan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin itu, Balasubramaniam turut melahirkan rasa kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) sejak berumur 14 tahun.
Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mencabar Balasubramaniam memdedahkan bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
Menurut beliau, Balasubramaniam dan pembangkang hanya ingin menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan menerusi ceramah-ceramah berunsur retorik yang disampaikannya.
No comments:
Post a Comment