Monday 18 February 2013

GEMPAR Ceramah Isu Semasa PPP Terpaksa Dikawal Bodyguard



Ceramah isu-isu semasa yang dianjurkan oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) PPR Muhibbah di sini terpaksa diberi kawalan oleh bodyguard.

Tujuannya mudah kerana tiada jaminan keselamatan dapat diberikan di kala ada sedikit keteganganantara penduduk di sana yang tidak senang melihat program-program rakyat daripada Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan.

Tidak senang dengan BN?

Jawapannya mudah iaitu BN kini menjadi ancaman kepada parti Pembangkang yang kini dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai parti yang menerajui parlimen Bandar Tun Razak ketika ini. Ketakutan yang melanda PR di sini semuanya berpunca daripada tindakan tidak bijak Anwar Ibrahim yang meletakkan Khalid Ibrahim sebagai calon di sini pada PRU 12 (2008) yang lepas dan kini Khalid terpaksa menjadikan Bandar Tun Razak sebagai lubuk mendapatkan duit tambahan daripada elaun Ahli Parlimen.

Kerana terlalu tertekan maka penduduk yang menyokong BN ditakut-takutkan supaya BN mengurangkan kegiatan di sana. Satu tindakan yang tidak matang ditunjukkan oleh Pembangkang.

Semakin hari semakin nampak PR takut dengan bayang-bayang sendiri.



No comments:

Post a Comment