RUNDINGAN?
Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing
yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran
mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan
bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden
ini telah menyebabkan 6 kematian.
Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing
mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan
dengan cara kekerasan.
Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke
Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang
boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di
bawah pimpinan Nur Misuari.
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh
dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama
wujud dan diketahui umum.
"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan
MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana
Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog
Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi
kuasa”)
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik
sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan
Joseph Estrada.
"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam
hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk
merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai
MILF-Manila.
Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam
masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur
Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime”
dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan
menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari,
mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.
Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua
hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan
lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan
seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia.
Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah
memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum
digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan
keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi
PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan
tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan
utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera
Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja
untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan
kedaulatan negara.
Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan
ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur
Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur
Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan
hubungan intim antara Anwar dan Misuari)
Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk
melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?
sumber : MrKinabaluBoy
No comments:
Post a Comment