Menurut laman blog pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah melaporkan bahawa Ambiga Sreenevasan telah mempersoalkan tindakan penganjur yang menayangkan Filem “Tanda Putera” kepada lebih 3,000 warga FELDA baru-baru ini semasa majlis “Warga FELDA Bersama Pemimpin Terulung Tun Dr Mahathir” yang diadakan di PWTC.
Ambiga dilaporkan telah mempersoalkan motif disebalik tayangan tersebut kepada warga FELDA dan menyatakan bahawa filem tersebut adalah gambaran insiden perkauman berdarah 13 Mei 969.
Pada 18 Februari, lebih 3,000 peneroka dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menghadiri program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipenghujung program mereka telah dipertontonkan filem kontroversi yang didakwa oleh pembangkang sebagai satu usaha untuk “brainwash” peneroka FELDA agar menolak Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya 2013 (PRU-13).
“Isu saya dengan Tanda Putera ialah mengapa mereka mahu menunjukkan ia hanya untuk peneroka FELDA. “Tunjukkan kepada kita semua. Mari kita semua nilai dan saya percaya kita akan menghakimi… mengapa hanya memilih segelintir orang menonton ia ? Penyangan filem itu adalah isu pokok,” kata bekas Presiden Majlis Peguam pada forum berkaitan “perkauman” yang diadakan di Golf Club Penjawat Awam di sini.
Tanda Putera adalah sebuah filem yang menggambarkan peranan 2 pemimpin iaitu, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, semasa tempoh pasca Mei 13.
Filem itu adalah karya Pesona Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), yang menyediakan pembiayaan bersama-sama dengan Multimedia Development Corporation (MDEC).
Ambiga berkata taktik itu mencerminkan apa yang dia gambarkan sebagai perkauman “diinstitusikan”. Ambiga menambah bahawa punca masalah perkauman di negara ini boleh dikaitkan kepada sistem politik yang menggalakkan pengasingan melalui kewujudan parti-parti berasaskan kaum.
“Ia membenarkan segala-galanya yang berlaku di negara ini,” kata pemimpin Bersih, merujuk kepada insiden perkauman yang telah timbul sepanjang tahun.
Ambiga juga turut menuduh tenaga pengajar Biro Tata Negara didalam program yang diadakan telah menerapkan budaya perkauman kepada pserta kursus BTN malah fasilitator BTN juga turut dituduh mengeluarkan kata-kata bahawa orang bukan Melayu adalah pendatang yang tidak diingini.
Persoalan disini, siapakah Ambiga untuk mempertikaikan aktiviti dan program dalam FELDA ? Berdasarkan dari sumber ini dapat membayangkan betapa PR dalam keadaan terdesak dan mula risau dengan apa saja tindak tanduk yang dijalankan FELDA dalam memberi input kepada warganya. Jelas disini menunjukkan sekutu kuat PR sudah mula bimbang hanya dengan satu tayangan filem kepada 3000 orang Warga Felda.
Bagaimana pula dengan karya NAMEEWEE yang kontroversi ?
Apakah Ambiga tidak mahu memberikan komen kerana secara terangnya, karya Namawee itu tidak disenangi oleh majoriti rakyat Malaysia.
Kenapa perlu risaukan warga FELDA sedangkan Ambiga tidak pernah menyumbang apa-apa untuk warga FELDA ? Warga FELDA tidak dipaksa untuk menonton filem berkenaan dan pihak penganjur juga tidak menghalang mana-mana warga FELDA yang tidak mahu menonton filem tersebut meninggalkan dewan
Namun, tiada seorang pun warga FELDA yang meninggalkan dewan ketika tayangan Tanda Putera.
No comments:
Post a Comment