Panas je telinga puak - puak Pakatan Haramjadah tu bila dia
dengar jawapan yang diberikan oleh Si Corrie Lee ni. Berdesing - desing
jadinya. Orang tak hinggin nak berpolitik, tapi diorang pulak yang sibuk -
sibuk nak jadikan modal. Nampak sangat la yang diorang ni terdesak sangat. Kot
ye pun nak cari publisiti, jangan la cari publisiti murah macam ni. Buat malu
je beb!!! PELAKON Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya
sudah menyertai Pas seperti beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon
berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.
“Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana
parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa. “Bila masa saya
menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang
tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada Sinar
Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam
berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang
disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din. “Sebenarnya, saya
tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau
saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada
kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib
sahaja.
“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr
Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga.
Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk
Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke
kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru
Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas
Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya
pada malam itu. “Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin)
telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.
“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia
untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil
gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya
memang tak kenal siapa YDP Pas,” jelasnya yang akui terkejut selepas
dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.
Sumber semuthitam80.blogspot.
Dicatat oleh BAHA AZUWAN
No comments:
Post a Comment