Friday 15 February 2013

AES Di PLUS Dan SKVE Dalam Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan


 

AES merupakan  satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Ia adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan. Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan. AES juga  mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
    • 24 jam
    • Tidak bermusim
    • Tiada campur tangan manusia
    Namun begitu disebabkan kerajaan Barisan Nasional yang berusaha melaksanakan sistem ini maka pakatan haram berusaha dengan sedaya upaya untuk menggagalkan segala usaha murni kerajaan.

MP Sepang, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lalu, memutuskan syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd  perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.  Pada 19 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MPS yang difailkan 12 Disember lalu.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuka tiang serta kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Peguam Alex De Silva, yang mewakili pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd, berkata MPS juga tidak boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau perintah berkaitan kedua-dua lebuh raya. Ini adalah kerana Menteri Kerja Raya mewartakan Lebuhraya PLUS dan SKVE sebagai jalan persekutuan.
Pada 27 Disember 1988, lebuhraya PLUS diwarta oleh menteri berkenaan sebagai jalan persekutuan manakala Lebuhraya SKVE pada 25 Jun tahun 2012. Oleh itu MPS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kedua-dua lebuh raya atau kuasa untuk mengeluarkan apa-apa notis berhubung perkara berkenaan. PLUS dan SKVE adalah konsesi lebuh raya di bawah kawalan serta pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Beta Tegap tidak mempunyai obligasi di bawah undang-undang untuk memohon kebenaran merancang mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Hanya kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang berkaitan jalan persekutuan

MP Sepang, menerusi surat bertarikh 6 Disember, mengarahkan syarikat itu membuka tiang serta menutup kamera AES terbabit dalam tempoh 14 hari notis. Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili MP Sepang berhujah permohonan Beta Tegap adalah salah tanggapan dan tidak mempunyai merit. ”Lebuhraya PLUS dan SKVE terletak di bawah bidang kuasa responden (MPS). Tiang serta kamera AES dipasang di atas tanah kerajaan dan sehubungan itu, berada di bawah bidang kuasa responden,” katanya.
Gobind juga berkata, MP Sepang sekadar menjalankan tugasan undang-undangnya mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dalam mengeluarkan notis berkenaan dan Beta Tegap diberikan masa yang mencukupi untuk mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan yang dilakukan di bawah akta itu.
Jabatan Peguam Negara, yang bertindak sebagai pencelah, pula berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 85(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Menteri Kerja Raya adalah pihak yang mempunyai bidang kuasa untuk memberi kelulusan bagi pemasangan AES di jalan persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh juga berkata, hanya Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara dalam senarai persekutuan, termasuk APJ. ”MP Sepang bertindak melebihi bidang kuasanya, dan notis sepatutnya dibatalkan atas alasan menyalahi undang-undang,” katanya.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf kemudian menetapkan 21 Februari depan untuk keputusan.


No comments:

Post a Comment