SAYA fikir mungkin merah padam muka bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, apabila mendapat tahu tentang tindakan hampir 1,000 orang ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang membatalkan keahlian mereka, semalam.
Penat Nizar bersusah payah menabur janji manis pada PRU ke-12 yang lalu hingga ramai di kalangan pengundi di Pasir Panjang terpedaya tapi mereka berpaling tadah meninggalkan wakil rakyat mereka.
Kasihan Nizar. Sudahlah dia hilang jawatan Menteri Besar, para penyokongnya pula lari dan enggan lagi menyokongnya.
Malah, para penyokong yang diketuai oleh bekas Pengerusinya, S. Saravanan, tidak teragak-agak untuk terus menyerahkan borang dan menyertai MIC dalam sekelip mata. Mungkin Nizar tengah garu kepala sekarang, mati akal dibuatnya.
Sebagai bekas Menteri Besar dan ADUN Pasir Panjang, saya menjangkakan Nizar benar-benar tertekan dengan tindakan kaum India di kawasan “jajahan”nya itu. Tapi seperti biasa, takkanlah dia nak tunjuk gelabah depan orang, kan?
Paling tidak pun kalau orang bertanya, mungkin dia akan memberikan jawapan “standard” dengan mengatakan bahawa masyarakat India di kawasannya telah “dibeli”, “dibayar” atau lebih tepat lagi “dirasuah” oleh BN atau MIC.
Biasalah. Untuk menutup malu atas kelemahan diri, Nizar mungkin sanggup melakukan apa saja. Kalau dia sanggup memalukan diri buat perangai di sidang DUN Perak dan ketika angkat sumpah di Parlimen, mungkin kali ini pun dia sanggup buat perangai lagi kan?
Menurut Saravanan, sepanjang Nizar menjadi wakil rakyat mereka selama lima tahun dan Menteri Besar Perak selama hampir setahun, dia tidak pernah menunaikan permintaan rakyat yang mengundinya pada PRU ke-12 dulu.
Perkara apa yang diminta rakyat Pasir Panjang? Mereka minta Porsche Cayenne seorang sebuah, kah? Atau rumah banglo enam tingkat berserta lif dan kolam renang, kah?
Tidak. Mereka hanya memohon agar Nizar memasang lampu jalan dan taman permainan di kawasan yang mereka tinggal.
Itu saja. Bukannya rakyat meminta yang bukan-bukan pun…
Tapi malangnya, Saravanan mendakwa bahawa Nizar bukan saja tidak menunaikan permintaan mereka yang “seciput” itu, malah mereka meminta sedikit peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil pun tak dapat!
Bukan saja tak dapat peruntukan jamuan kecil, bahkan Nizar marah-marah pula pada mereka sambil membebel memberi alasan bahawa dia tidak punya sebarang peruntukan untuk diberikan bagi acara tersebut.
Sungguh memalukan peri laku Nizar. Apa salahnya kalau dia hulur dalam RM100 – RM200 ringgit pada rakyat yang mengundinya pada PRU yang lalu. Rakyat beri undi supaya Nizar jadi wakil rakyat mereka, itu balasan Nizar pada pengundinya?
Banyak sangatkah RM100? Kalau Nizar boleh peruntukkan jutaan ringgit untuk membeli kereta mewah berjenama Nissan Camry untuk kegunaannya dan para Exco Pakatan Haram, takkanlah “kedekut” sangat nak hulur sedikit peruntukan untuk jamuan kecil?
Setakat RM100 itu, rasanya selalu keluar dari poket Nizar untuk mengisi petrol kereta Camrynya, bukan? Kalau petrol untuk Camry itu diisi dengan menggunakan wang Kerajaan Negeri Perak ketika itu, apa salahnya jika wang lebih itu disedekahkan sedikit pada rakyat? Tak luak pun, kan?
Namun begitulah perangai Nizar yang dibayangkan oleh rakyat di kawasannya. Padanlah ramai di kalangan rakyat Perak yang merungut dan serik dengan akhlak Nizar yang langsung tidak peduli pada rakyat sendiri.
Justeru itu, jangan terkejut jika Nizar kalah teruk pada PRU ke-13 nanti. Kalau Nizar bertanding di DUN Pasir Panjang lagi kali ini, maka berkemungkinan besar dia akan menjadi “lauk santapan” rakyat yang pernah dia lupakan…
Sumber: Perak Today
No comments:
Post a Comment