Saman Utusan: Nurul Izzah Dah “Menang” Dahhh…
Dilaporkan baru-baru ini bahawa Nurul Izzah telah memfailkan samannya terhadap akhbar Utusan Malaysia dan kes tersebut ditetapkan akan mula disebut di mahkamah pada 15 Mei 2013 ini.
Untuk pemudah bicara dan mengelak untuk sistem perundangan di negara ini membuang masa dengan kes tersebut, adalah lebih baik untuk dijelaskan bahawa Nurul Izzah “sudah” pun memenangi kes saman itu.
Jadi, tak payahlah mahkamah buang masa dengan kes tersebut memandangkan ada banyak lagi kes tertunggak yang perlu dibicarakan…
Bukan apa, belum bicara pun ramai yang sudah dapat meneka keputusan yang akan diberikan oleh hakim VT Singham yang begitu terkenal memberi kemenangan “percuma” pada mana-mana kes yang melibatkan Pakatan Haram.
Sebagai contoh, Utusan Malaysia hanya menyiarkan kata-kata Anwar di BBC tanpa membuat sebarang pindaan atau memotong mana-mana suku kata perkataan yang terbit dari mulut “pemimpin anugerah Yahudi” itu.
Tapi, mungkin kerana “sayang”kan Anwar, maka Utusan diperintah untuk membayar sebanyak RM50,000 kepada Anwar hanya kerana menyiarkan berita benar kepada rakyat tentang perihal moral Anwar yang menyokong Israel.
Siapa hakim yang memberi kemenangan kepada Anwar di dalam kes tersebut? Siapa lagi kalau bukan Hakim VT Singham.
Bukanlah bermaksud untuk menghina keputusan yang ditetapkan mahkamah. Namun jika badan kehakiman negara “takut” pada permainan “pshyco” Anwar dan memilih untuk memenangkan Ketua Pembangkang itu, baik tak payah bicara di mahkamah.
Kalaulah tidak boleh menceritakan tentang kebenaran berkenaan seseorang pemimpin politik yang khianat pada agama, bangsa dan negara, takkanlah Utusan nak cerita tentang berita palsu kononnya Anwar bantah Israel serang Palestin, bukan?
Bukankah itu akan membuang masa saja? Tak payah susah-susah buat sebutan kes, peguam bentangkan kes, peguambela kemukakan hujah dan memanggil saksi memberi keterangan. Tak payah buang masa.
Sebaik saja kes disebut, hakim VT Singham boleh terus memberikan kemenangan kepada Nurul Izzah dan perintahkan saja Utusan Malaysia membayar sejumlah wang yang besar sebagai “dana bantuan kehakiman” untuk Pakatan Haram menjajah negara ini.
Bukankah itu lebih menjimatkan masa?
Justeru itu, tak payahlah Utusan Malaysia susah-susah cari peguambela. Tak payahlah Nurul Izzah susah-susah turun naik mahkamah memberi keterangan. Suruh saja hakim VT Singham perintah Utusan bayar saman.
Mudah, ringkas dan habis cerita, kan?
No comments:
Post a Comment