Friday 5 April 2013

TERHOT : NURUL IZZAH MENGAMUK BILA ANWAR UMUMKAN IBUNYA TIDAK BERTANDING...??




Pulak dah..semalam laki kata tak bertanding..Hari ni anak kata bertanding pula..Gila ke apa anak-beranak ni??..

Anwar semalam canang pada satu dunia dalam satu wawancara menerusi stesen televisyen Al-Jazeera bahawa Wan Azizah tidak bertanding sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam KEADILAN..

Hari ni lain pula jadinya...

 Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

 "Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu.

 "Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan(merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja.

 "Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

 "Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
 Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.
- Bernama

Yang bini nak bertanding atau tidak satu hal...Ni yang laki dok meroyan satu Malaysia kata nak bertanding di Perak pun disangkal oleh anaknya juga..

 Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

 Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana. - Bernama

Habis tu..ini bukan kenyataan Anwar meroyan nak bertanding di Perak ke??...

 

Memetik dari Keadilan Daily..

Terdahulu, Ketua Umum KEADILAN itu mengakui mahu bertanding di Perak, apatah lagi pernah menetap termasuk bersekolah di negeri berkenaan selama sembilan tahun.

 “Saya memang cadang hendak bertanding di Perak. Ada orang kata saya bukan orang Perak, betul tapi saya sembilan tahun duduk di Perak.

 “Tujuh tahun di Kuala Kangsar – Malay College, tingkatan satu sampai enam atas dan dua tahun di (Kem) Kamunting, Peraklah (i)tu.

 “Takkan tak boleh jadi Ahli Parlimen Perak. Sembilan tahun di Perak,” katanya sambil disambut sorakan gamat..

Akhirnya media juga dipersalahkan..dituduh memainkan berita spekulasi Anwar akan bertanding di Perak padahal Anwar sendiri yang menyebut perkara itu dalam ceramah-ceramahnya..

24 jam penuh dengan GIMMIK dan LAKONAN..Kali ini apa pula filem yang cuba dilakonkan oleh anak-beranak gila ini untuk dipertontonkan pada rakyat...

No comments:

Post a Comment