Tuesday, 23 April 2013

KORANG NAK TAU TAK SIAPA DALANG VIDEO STOPA ALI? MARI BACA


Sebelum korang nak baca artikel ini, kalau korang nak tengok video Stopa Ali the Spender Putih man secara penuh. KLIK SINI

Kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang. Walaupun mereka cuba sapu ke bawah karpet, cuba sorok dan cuba selindungi namun apabila tiba saat-saat yang dinanti iaitu PRU , mereka bergaduh jua.

Bibik-bibik pergaduhan mereka bermula beberapa bulan lepas apabila Majlis Syura Pas dalam satu mesyuarat telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak untuk diangkat sebagai PM kerana masalah moral. Dalam masa beberapa jam sahaja berita tersebut sampai kepada Anwar, membuatkan keesokan harinya Anwar dan isteri bergegas ke kediaman Timbalan Musyridul Am Pas, Haron Din untuk membicarakan perkara berkenaan dan menagih simpati daripada Haron Din.

Tidak berapa lama selepas itu kita dihebohkan dengan pendedahan blograjagoyang360.blogspot.com yang memaparkan aksi seorang lelaki yang dipercayai Anwar Ibrahim bersama pasangannya yang juga seorang lelaki, telah membuatkan Pas semakin cuak dengan Anwar.

Anwar semakin gelabah dan kelam kabut. Di saat beliau sedang meyakinkan pimpinan Pas bahawa beliau seorang yang bermoral tiba-tiba muncul pula kisah kegiatan tidak bermoral beliau yang baru. Untuk meyakinkan pimpinan Pas bahawa itu adalah satu fitnah terhadapnya, tidak semena-mena Anwar menyaman jurublog Papa Gomo. Sedangkan pendedahan berkenaan bukannya dilakukan oleh oleh Papa Gomo.

Namun Anwar tersilap langkah. Beliau fikrikan dengan menyaman Papa Gomo maka Papa Gomo akan melutut memohon maaf kepadanya. Rupa-rupanya tindakan itu membuka pula satu lagi episod lain dengan bukti yang lebih jelas. Jika sebelum ini video dan gambar Anwar melakukan kegiatan songsangnya yang didedahkan kepada kita dalam bentuk hitam putih dan tidak bersuara. Tetapi video baru yang dikeluarkan Papa Gomo yang menunjukkan aksi Anwar menggoda seorang mahasiswa dalam bilik hotel dalam versi berwarna dan mempunyai audio. Pemimpin Pas yakin 100 peratus bahawa itu adalah Anwar berdasarkan gaya dan cara percakapan.

Video inilah sebenarnya yang membuatkan Pas terus menarik hand break terhadap Anwar. Bukan setakat Pas malah DAP juga sudah merasakan Anwar sebagai beban yang besar kepada mereka untuk mencapai cita-cita memerintah Malaysia. Bermula dari situlah DAP mula deal belakang dengan Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai PM jika mereka berjaya memenangi PRU ke 13.

Perbalahan antara Pas dengan PKR semakin ketara dalam soal pengagihan kerusi pilihan raya. Bukan setakat PKR dengan Pas. Malah PKR turut bermasalah dengan DAP dalam soal kerusi. Pas dan DAP sama-sama tidak percayakan PKR. Namun antara Pas dengan DAP pula tidak wujud apa-apa masalah dalam soal kerusi. Nampak mereka ada kerjasama dan persefahaman.

Anwar semakin berang apabila semakin hari semakin banyak khabar yang disampaikan kepadanya bahawa Pas tidak akan bersetuju untuk melantik beliau sebagai PM , disampaikan oleh puak-puak Anwarinas dalam Pas yang diketuai oleh Kamaruddin Jaafar. Mereka menolak Anwar atas alasan Anwar tidak bermoral.

Geram dengan tindakan Pas yang terus-menerus mempersoalkan moralnya, Anwar meminta Azmin melepaskan video rakaman aksi seks Mustafa Ali yang dirakam kira-kira 2 tahun lepas di sebuah hotel lima bintang di ibu negara. Anwar ingin menunjukkan kepada Pas, jangan asyik tuduh beliau yang tidak bermoral sebaliknya pemimpin Pas juga tidak bermoral.

Baca seterusnya di SEL13.com

No comments:

Post a Comment