SABAK BERNAM : Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat
umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak
Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai
yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.
Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli
kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang
bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.
Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR,
turut hadir.
Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman
bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja
bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.
Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar
kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.
Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang
disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan
duduk di luar khemah.
Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa
jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang
dibayar.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk
menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.
Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan
modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung
pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA
Dr Abdul Aziz Bari, anda memilih untuk balik kampung. Jadi anda wajar bersedia untuk dibenam dalam lumpur bersama Anwar. Ramai rasa jijik melihat Anwar. Anda jua terpalit Dr Abdul Aziz Bari. Maaf.
ReplyDelete