Sunday, 21 April 2013

Janice, Tong Sim diberi 24 jam tarik diri dan minta maaf

Janice, Tong Sim diberi 24 jam tarik diri dan minta maaf



GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memberi tempoh 24 jam kepada dua ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas agar menarik diri dan meminta maaf secara terbuka atau dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat.

Jenice Lee mahu mempertahankan kerusi Dun Teratai di Selangor manakala Sim Tong Him bertanding di Dun Kota Laksamana, Melaka.

Menurutnya, Lee dan Tong Sim perlu meminta maaf secara terbuka dan meminta pengikut mereka agar tidak menyokong mereka sebagai calon Bebas.

"Parti tidak teragak-agak untuk memecat mereka berdua ini kerana membelakangkan parti.

"Bagi saya permohonan maaf tidak mecukupi sebaliknya perlu membuat kenyaatan kepada umum dan menyeru pengikut mereka untuk menyokong calon DAP," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan Lee dan Tong Him adalah serius dan tidak berdisiplin selain dianggap sebagai sabotaj kepada calon DAP yang bertanding.

Beliau berkata, tindakan juga boleh diambil kepada ahli DAP yang menyokong Lee dan Tong Sim.

TR : masih bagi chan lagi ke ? !! pecat aje la mcm mana UMNO pecah ahlinya yang tanding BEBAS .. pengkhianat parti

No comments:

Post a Comment