Tuesday 30 April 2013

Tiga pemimpin PKR Kedah lepas jawatan


s manikumar
Ketiga pemimpn terbabit adalah  exco kerajaan negeri yang melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai protes kerana digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.
Datuk S. Manikumar, Tan Chu Kang dan Lim Soo Nee berkata, mereka kecewa dengan kepimpinan parti kerana menggugurkan mereka tanpa sebarang pemberitahuan.

“Malah kepimpinan parti tidak mempunyai niat untuk menghubungi atau sekurang-kurang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu bahawa kami tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing,” kata Manikumar.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan kesemua jawatan dalam PKR tetapi kekal sebagai ahli biasa kerana mereka tidak mahu dituduh melompat parti kerana wang.

“Kami melepaskan semua jawatan secara bermaruah dan penuh bangga,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.


No comments:

Post a Comment