Tuesday 30 April 2013

CALON N.09 PERMATANG YAHYA SAHRI DIKHIANATI ABANG SENDIRI???




Mohd Yahya Mat Sahri atau lebih dikenali sebagai Yahya Sahri Calon N.09 Permatang (PKR) amat terkejut apabila mengetahui sebuah Cawangan UMNO Penaja Pekan Ijok baru ditubuhkan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Noh Omar bersama beberapa kepimpinan masyarakat di Pekan Ijok.

Sebenarnya perkara yang mengejutkan Yahya Sahri bukanlah penubuhan cawangan tersebut tetapi siapa yang menubuhkan cawangan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab menubuhkan Cawangan Penaja UMNO itu adalah abang kandungnya sendiri iaitu Dr. Ramlan Mat Sahri yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi penaja bagi cawangan yang baru ditubuhkan itu.

Dr. Ramlan Mat Sahri berkata, penyertaan mereka ke dalam UMNO adalah kehendak sendiri ekoran tidak lagi yakin kepada pakatan pembangkang yang telah membawa banyak masalah kepada rakyat khususnya di kawasan Ijok.

Beliau yang juga bekas ahli PKR dan merupakan abang kepada calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, Mohd. Yahya Sahri, turut menyifatkan pakatan pembangkang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

Walaupun Yahya Sahri bertanding di kawasan lain tetapi tempias daripada tindakan abang kandungnya itu telah membuatkan pengundi di kawasan yang dia bertanding mula ragu dengan perjuangan yang dibawa olehnya.

Yahya Sahri dilihat sanggup memperjudikan nasib rakyat hanya kerana gila untuk berkuasa dan tamakkan wang ringgit.

"Peduli apa dengan nasib rakyat asalkan asalkan aku boleh buat apa saja dan aku boleh beli apa saja yang aku mahu", mungkin itu katanya dalam hati tanpa memperdulikan nasib dan musibah yang bakal melanda anak bangsa apabila dia menggadaikan maruah bangsanya itu.

Dr. Ramlan yang juga ahli PKR satu masa dulu kini sudah sedar dan kembali membawa obor perjuangan anak bangsa di kawasan Ijok dan sanggup menubuhkan cawangan demi perjuangan menumbangkan kerajaan Pakatan Haram yang zalim di Selangor.

Tahniah buat Dr. Mazlan kerana sedar dari mimpi dan Takziah buat Yahya Sahri kerana sanggup membodohkan diri memperjuangkan seorang gay untuk menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment