Wednesday 24 April 2013

Zul Nordin : Pembangkang Ajar Benci Kaum Sendiri


alt
KUALA LUMPUR 22 April - Pakatan Pembangkang hanya menggunakan isu perkauman dan agama termasuk mengajar untuk membenci kaum sendiri demi mendapat mandat daripada rakyat untuk bertahan dalam arena politik negara.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam Zulkifli Noordin berkata, sepanjang beliau bersama pembangkang, pakatan tersebut mengamalkan fahaman sempit politik parkauman yang disifatkan beliau sebagai pelampau.

"Bukan setakat antara kaum, saya dahulu diajar membenci kaum sendiri. Bila bersama BN saya diajar politik keharmonian dan kasih sayang, kepentingan kepelbagaian  kaum dan agama ini bersatu di bawah satu panji-panji bagi membangunkan Malaysia demi masa depan rakyat.

"BN yang telah membuka mata saya bahawa penyatuan antara kaum dan berbilang agama itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan, ia bukan angan-angan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam berasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) India dan masyarakat India di sini, malam tadi.

Hadir bersama, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga Datuk Ahmad Zawawi M Zin dan Penasihat  Persatuan Kebajikan Modal Insan Selangor, S.K. Subramaniam.

Zulkifli sebelum ini pernah dikaitkan sebagai kontroversi penyebaran video beliau mempersenda agama Hindu lapan tahun lepas.

Jelasnya, kontroversi tersebut merupakan contoh bagaimana pembangkang menggunakan isu perkauman dan perbezaan agama demi kepentingan diri dan meraih sokongan politik.

Zulkifli walaubagimanapun telah meminta maaf kepada kaum India berhubung video yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Mereka (pembangkang) tak cermin diri sendiri, ketika pencalonan tempoh hari pencadang dan penyokong saya terdiri daripada orang Cina dan India masing-masing daripada MCA dan MIC, begitu juga dengan Datuk Ahmad Nawawi. Tetapi mereka (calon, penyokong dan pencadang di Shah Alam) daripada satu kaum sahaja."

"Kita yang berbilang latar belakang memang kadang kala ada perselisihan faham, namun BN mengajar saya cara menyelesaikan masalah itu secara perbincangan dan penerangan serta meminta maaf dengan ikhlas hati. Ini sesuatu yang pembangkang tidak ajar saya," katanya.
 

No comments:

Post a Comment