Sunday, 28 April 2013

Giliran BN Tunjuk Kekuatan dan Pas Tunjuk Gila di Putrajaya


Pertarungan menunjukkan kekuatan dalam pilihan raya umum ini sudah dimulakan. Pada hari jumaat Pas membuka gelanggang apabila membawa Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat turun ke Putrajaya. Mereka mengumpul hampir 10 ribu untuk ceramah Perdana di Precint 3, Putrajaya. Sebelumnya pada waktu jumaat, 1000 penyokong Pas berkumpul di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya melaungkan laungan takbir, hidup Pas dan hidup Nik Aziz.
putrajayareal

Hari Sabtu giliran Barisan Nasional “strike back”. BN menurunkan bekas Perdana Meteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Precint 9, Putrajaya. kira-kira 10-15 ribu orang juga turun untuk melihat bekas pemimpin numero uno negara ini.

altAo99BHUo2FzF740iMljIgIywhoWowTnNXdk6Kf66NrYw
Dalam masa yang sama Pas juga mengadakan satu lagi ceramah dikendalikan ustaz Azhar Idrus penipu kononnya untuk mensabotaj program BN. Hampir 10 ribu orang memenuhi kawasan ceramah Azhar Idrus.
ceramah Azhar
Jika mereka yang tidak mengetahui keadaan politik Putrajaya tentulah hairan melihat puluhan ribu orang turun dalam kempen politik kali ini. Hampir 15 ribu di program BN dan 10 ribu di ceramah Pas oleh Azhar Idrus da Husam Musa.

Namun bagi mereka yang berada di Putrajaya, mereka boleh mengenali mana satu pengundi Putrajaya dan mana satu jentera parti yang diangkut dari kawasan berhampiran untuk perlagaan ego ini.

Bagi penulis, perlagaan ego menunjukkan kekuatan hanya memberi satu isyarat jelas. Jika tiada sesuatu yang luar biasa atau aneh muncul di saat-saat akhir sebelum pengundian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan diumumkan Ahli Parlimen Putrajaya bagi Sesi Parlimen Penggal ke 13 pada malam 5 Mei 2013.

Ini bukanlah bermakna BN sombong atau bongkak. Namun berdasarkan wajah-wajah dan kereta yang mengunjungi program BN dan Pas di Putrajaya kita sudah boleh mengjangkakan pihak mana yang di pilih oleh pengundi Putrajaya.

Pas Tunjuk Gila

Sudah ada dakwaan ceramah Azhar Idrus dan Husam Musa di Precint 19 menarik 50 ribu orang. Biarlah jika muncul lagi gambar yang mengatakan 50 ribu orang mengunjungi ceramah Azhar Idrus penipu itu di Putrajaya. Hakikatnya, pengundi Putrajaya hanyalah 16 ribu orang. Maka dari mana datang orang seramai itu? Lucu bukan?
kl112-superimposed
Jika mereka boleh masukkan 200 ribu ke dalam Stadium Merdeka semasa Bersih 3 sehingga ada gambar orang duduk atas bumbung stadium, mereka boleh sahaja mencipta gambar sedemikian di Putrajaya.

Hakikatnya kita ketahui berapa luas Precint 19 itu. Jika ditolak segala bangunan , pokok dan longkang pun belum tentu boleh isi 20 ribu orang untuk kawasan sekitar tersebut.
Biarlah kalau mereka mahu menang sorak!


No comments:

Post a Comment