AIDCNews – 22/04/13 – Calon PKR, Jefri Jaafar Tukemin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Pahang diberitahu mempunyai ‘masalah peribadi’ sehingga mendorong Timbalan Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohd Yunus bertanding sebagai calon Bebas sebagai ‘pengganti’ sekiranya pencalonan Jefri ditolak oleh pihak Suruhajaya Pilihanraya (SPR).
Jefri merupakan aktivis PKR Pahang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banteras Judi dan Internet Kuantan.
Beliau, bagaimanapun, tidak mendedahkan halangan dihadapi calon PKR itu, sebaliknya memberitahu ia bersifat peribadi.
Tujuan saya menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas semalam (kelmarin) atas faktor menyelamat dan bukan untuk sabotaj calon tersebut.
“Perkara ini jelas dan berlaku atas arahan kepimpinan parti bagi memastikan semua calon PKR layak bertanding,” katanya pada sidang media di pejabat PKR negeri, semalam.
Justeru itu, Kamarzaman berkata, apabila calon PKR disah layak bertanding, maka beliau dengan rela hati menarik diri daripada persaingan di kerusi itu dan akan beri sokongan kepada calon PKR yang disifatkan ‘bermasalah’ itu.
“Disebabkan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak benar calon menarik diri selepas pencalonan disahkan, kertas undi atas nama saya tetap diedar pada hari mengundi, justeru saya minta pengundi abaikannya dan beri undi calon PKR sahaja.
“Sebenarnya selepas pengumuman calon semalam, saya ke pejabat SPR untuk serah surat penarikan pencalonan itu. Bagaimanapun, seperti yang ditetapkan, kertas undi saya tetap diedarkan,” katanya.
Dalam majlis itu, Fauzi mengumumkan pemecatan Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Paya Besar.
Di parlimen itu, Zahari telah menentang calon PKR, Murni Hidayah Anuar dan calon BN Datuk Abdul Manan Ismail yang merupakan penyandang di kerusi tersebut.
Selain Zahari, bekas Naib Pengerusi PKR negeri, G.Ponusamy @ Ram mungkin turut akan dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas menentang Fauzi di Indera Mahkota.
No comments:
Post a Comment