Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan
berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan
Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis
mengundi lebih awal.
Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan
Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun
Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.
Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam
media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut.
Unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas mempunyai
anggota yang bertugas 24 jam setiap hari untuk memantau dan mengesan penyebaran
maklumat tidak benar secara online termasuk di laman sosial.
No comments:
Post a Comment