Monday, 22 April 2013

Demi Kroni Dan Anak Anak DAP Sdn Bhd! Ramai Keluar Parti!


20130422-195208.jpg


Lebih ramai yang keluar dari DAP parti yang kononnya mengamalkan demokrasi,keadilan dan saksama.DAP chauvanis ultrakiasu rasis tak lebih kepada sebuah syarikat anak anak dan kroni Kit Siang dan Karpal.
Kepentingan kroni Kit Siang dan barisan kepimpinan evengelist kristian mengatasi hak kesaksamaan semua kaum didalam parti ini. Malaysian Malaysia dilacurkan sendiri oleh pemimpin DAP dalam masa yang sama perlekehkan hak dan keadilan bangsa lain selain daripada barisan kroni dan hak anak anak Kit Siang.
Senario terkini dari sumber DAP,momentum keluar parti beramai ramai oleh ahli DAP semakin memuncak,tunggu saja pengumuman keluar parti beramai ramai di seluruh negara tidak lama lagi..
PRU-13: Pemimpin Wanita DAP NS umum sokong BN
SEREMBAN 22 April – Timbalan Ketua Wanita DAP Negeri Sembilan, K. Sarojadevi adalah antara 20 anggota DAP di negeri itu yang mengumumkan keluar parti dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.
Sarojadevi berkata, mereka bukan sahaja akan mengundi BN pada hari pengundian 5 Mei ini tetapi turut berkempen membantu calon BN.
Kami bertindak keluar parti kerana kecewa dengan pemimpin tertinggi DAP yang tidak ikhlas dalam perjuangan, ditambah lagi dengan pelbagai isu terutama berkaitan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat yang mencalar imej DAP, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
“Ini sangat memalukan,” katanya lagi yang mengumumkan keluar parti semalam.
Hari ini pemimpin beberapa cawangan di sini antaranya Pengerusi DAP Cawangan Taman Tuanku Jaafar, S. Palaniyandi dan Timbalan Setiausaha Cawangan Ladang Paroi, P. Jeganath mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.
Mengulas lanjut, Sarojadevi berkata, mereka mahu menyokong BN kerana tertarik dengan manifesto BN yang menjanjikan pelbagai manfaat kepada kaum India berbanding manifesto pembangkang yang langsung tidak menyentuh kebajikan kaum itu.
Katanya lebih ramai anggota DAP di Negeri Sembilan dijangka meninggalkan parti itu dan menyokong BN.
“Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana ahli parti DAP untuk tidak lagi percaya kepada parti itu, tetapi saya tidak mahu paksa mereka terpulang kepada mereka untuk berfikir,” katanya.
Beliau juga berikrar untuk menggunakan pengalamannya selama 24 tahun bersama DAP untuk berkempen dari rumah ke rumah bagi membantu memenangkan calon BN. – BERNAMA
Pisau kata “Siapa kata BN tak dapat tempat dalam hati wanita?”  SUMBER

No comments:

Post a Comment