INI LAH BAKAL PEMIMPIN BERJIWA BANGSAT !!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.
Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.
Husam katanya patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.
"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai Kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini Sabtu.
Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada ceramah di Putrajaya pada Jumaat.
Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.
Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.
Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.
Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut. Tergamak Husam Musa mengaitkan kematian pegawai kastam itu kerana rasuah.
Tidak kah terfikir akan kesedihan isteri dan anak2 serta keluarganya.
Bagaimana kalau terjadi kepada keluarga awak. Al-fatiha untuk Allahyarham dan takziah untuk keluarganya.Admin yakin polis akan dapat menangkap pembunuh beliau dalam masa terdekat.~STOPA~ SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment