Ronnie Liu dan Teresa Kok masing-masing telah digugurkan
daripada kerusi DUN Pandamaran dan DUN Kinrara.Bagaimanapun,Teresa akan terus
mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh.Dua nama ini merupakan antara
personaliti yang cukup kontroversi dalam parti DAP/PR.Ronnie Liu banyak
dikaitkan dengan isu samseng,kongsi gelap yang melibatkan rumah-rumah
urut,pusat-pusat hiburan serta judi.Ronnie juga dikatakan terlibat secara
langsung menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas untuk membanteras jenayah
dan kegiatan maksiat di sekitar Selangor.
Teresa Kok pula cukup terkenal dengan
perjuangan dakwah Kristiannya sehinggakan apabila beliau ditangkap di bawah ISA
pada tahun 2008 kerana mengarahkan laungan azan diperlahankan,kumpulan
pendakwah Kristian iaitu The National Evangelical Christian Fellowship of
Malaysia telah membuat desakan rasmi agar beliau dibebaskan.Teresa juga merupakan
individu yang pertama sekali tampil membela gereja dalam isu murtad yang
terdedah luas di Selangor.Selain isu murtad dan azan,Teresa juga telah
menimbulkan kontroversi berkenaan nama jalan di dalam tulisan jawi seolah-olah
ia melambangkan perkauman.Sedangkan tulisan itu punya sejarahnya sendiri kerana
merupakan tulisan awal bangsa Melayu di mana ia turut melambangkan agama rasmi
negara.Beliau kemudian menggantikan tulisan jawi tersebut dengan tulisan Cina.
Maka,benarlah,bahawa seorang yang bersifat rasis akan
melihat apa saja dan siapa saja dari sudut rasis.Walaupun kononnya seorang
Kristian yang ‘alim’,tetapi Teresa sebenarnya bukanlah seorang yang
bersih.Tindakannya menggelapkan wang yang seharusnya disalurkan kepada ibu-ibu
tunggal telah didedahkan oleh pembantunya sendiri. Kisahnya bermula apabila
sumbangan yang ‘berlebihan’ telah tidak dicatat dan bagi menutup cerita,Teresa
terlebih dahulu menuduh pembantunya,Tony Tan sebagai mengutip derma menggunakan
nama parti.
Namun,Tony Tan telah bertindak mendedahkan bahawa Teresa lah yang
telah menggelapkan wang tersebut.Teresa kemudian mengugut untuk menyaman bekas
pembantunya itu iaitu pada Ogos 2012,tetapi sehingga kini masih tiada saman
dikemukakan.Selain tidak telus, berpura alim dan bersifat perkauman,Teresa juga
langsung tidak menghormati Institusi DiRaja di Malaysia di mana beliau telah
mengabaikan protokol serta tidak menghadiri Festival Lagu-lagu Islamik pada
tahun 2010,yang melibatkan DYMM Tuanku Permaisuri Agong sedangkan beliau adalah
EXCO yang bertanggungjawab ke atas program tersebut.
Malah,suatu masa,pendedahan juga dibuat berkenaan surat
rasmi kerajaan Selangor dari pejabat Teresa Kok yang jelas menunjukkan bahasa
Melayu yang tunggang-langgang serta kepala surat yang menggunakan Bahasa Mandarin.Kesemua
ini bagaimanapun bukanlah alasan sebenar Teresa dan Ronnie digugurkan kerana
setiap kontroversi yang mereka cetuskan itu adalah menepati aspirasi DAP.Sebab
utama mereka digugurkan ialah DAP perlu ‘memujuk’ PAS menjelang pilihanraya
ini,memandangkan PAS tersebut semakin giat mengasah taring dalam menangani
pertentangan dengan DAP.
Mahu tidak mahu,DAP terpaksa meyakinkan PAS bahawa
mereka sanggup ‘berundur’ setapak,bagi membolehkan mereka terus mempergunakan
PAS di masa depan.Apatah lagi dengan protes yang agak kuat dari segolongan di
dalam PAS berkenaan hasrat DAP untuk menggunakan logo PAS dalam PRU kali
ini.Maka,Teresa dan Ronnie terpaksa digugurkan terlebih dahulu.Namun,jangan
terlalu yakin bahawa DAP ikhlas berundur setapak,kerana Teresa masih dikekalkan
di kerusi Parlimen.Nampaknya,DAP dan PAS akan terus bermuslihat dan bermain
catur sesama sendiri sehinggalah pilihanraya berlangsung dan saya pasti
muslihat dan permainan ini akan berterusan selagi mereka berpura-pura akan
kewujudan sebuah pakatan di antara mereka.
No comments:
Post a Comment