Wednesday, 24 April 2013

PRU -13 : Anwar 'iri hati' Zul Nordin di cium penyokong India?




Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

 

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut. Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.

Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

 

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu. Najib juga berkata Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.

 

Adakah Anwar 'iri hati' kerana tidak dapat ciuman yang sama seperti mana suatu ketika dahulu?

Suara Politik
Belantan

No comments:

Post a Comment