PUTRAJAYA: PAS memperhebatkan kempen memperalatkan Islam untuk menanam benci pengundi Melayu terhadap Umno, kali ini dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa kononnya parti pemerintah itu menganggap Islam sebagai laknat Allah S.W.T.
Ketika berkempen untuk calon PAS Husam Musa di Putrajaya, Menteri Besar Kelantan itu yang pernah menuduh Umno murtad, sekali lagi mengitarkan tuduhan kononnya Umno menyamakan dirinya dengan Allah S.W.T.
"Kita kena sedar manusia tidak boleh selamat kalau kita berfikir cara kita, lebih-lebih lagi Umno tolak Islam...macam dia dengan Allah S.W.T lebih kurang sahaja. Allah S.W.T yang turunkan Islam, Allah S.W.T sifatkan Islam ini rahmat tapi Umno kata laknat. Ini kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Islam, katanya pada ceramah di sini malam tadi.
Dalam cubaan untuk meraih undi di Putrajaya yang rata-rata terdiri daripada kakitangan wam, khususnya beragama Islam, Husam dan pimpinan PAS cuba memaparkan diri sebagai "lebih" Islam daripada penyokong dan ahli Umno.
Bagaimanapun penggunaan kata-kata kesat yang dibawa oleh Nik Aziz dalam membangkitkan isu akidah hanya menggambarkan parti itu sebagai terdesak sehingga menggunakan Islam untuk memburukkan sesama umat.
Semalam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Husam kerana menyebarkan fitnah kononnya ahli jawatankuasa surau di pecat kerana memberikan ruang kerana fahaman politik berbeza.
Nik Aziz sebelum ini ditegur oleh beberapa ulama dan pemimpin masyarakat kerana membuat kenyataan bercanggah, contohnya dalam isu kalimah Allah, semata-mata untuk meraih undi.
Sumber: Antara Pos

No comments:
Post a Comment