Kakitangan awam di peringkat bawahan mula berang apabila difitnah oleh Puak PAS menyebar melalui SMS tidak membenarkan kakitangan awam melakukan tugas lebih masa. Pekara ini juga turut mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara, Dato Seri Ali Hamsa meminta semua pegawai kerajaan dan serta orang awam supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan oleh pihak pihak tertentu.
Semua pegawai kerajaan diminta tidak mempercayai pesanan ringkas (SMS) berhubung arahan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang meminta mereka tidak bekerja lebih masa.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata SMS itu yang turut mengandungi arahan tidak membenarkan orang sebarangan berada di kawasan pejabat kerajaan, juga adalah tidak benar.
"Saya minta semua pegawai kerajaan dan orang awam supaya tidak mempercayai khabar angin itu atau dakwaan lain yang tidak berasas dan adalah tidak benar mengenai urusan pentadbiran kerajaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi SMS, Facebook, Twitter, blog atau medium sosial lain," katanya dalam kenyataan di sini petang ini.
Ali berkata, pekeliling pentadbiran keselamatan biasanya dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di semua 14 negeri sebagai peringatan kepada pegawai kerajaan untuk memastikan keselamatan bangunan, aset kerajaan termasuk menjamin keselamatan pegawai ketika bertugas.
Dalam pada itu, penyebaran SMS yang mendakwa pentadbiran kerajaan di Putrajaya mengeluarkan arahan berkenaan berkuat kuasa semalam itu kini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM dalam kenyataannya berkata, beberapa aduan berhubung penyebaran SMS palsu itu diterima dan meminta pihak yang menaja aktiviti itu supaya segera menghentikan perbuatan terbabit atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.
Menurut SKMM, mereka yang didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Justeru, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan, kesimpulan atau memanjangkan mesej mengenai isu berkenaan.
No comments:
Post a Comment