Jika sesiapa yang nak ugut pemimpin, pilihanraya lah waktu yang terbaik.ini lah waktu untuk membuat semua tuntutan.Kepada pemimpin tuntutan terbahagi kepada 2, yang mampu di layan dan yang tidak perlu di layan.
Dengan Mat Taib @ Mike Tyson ini nampak nya tuntutan tidak di layan.Itu agak kedudukan nya. Di kabar kan ada perkara yang dia tidak dapat dan tidak di endah kan.
Alasan kerana agama atau kerana Islam ada lah nasi tambah sahaja.
Sama juga lah dengan kes Kamilia orang nombor dua Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Permintaan tidak di layan maka dengan segara UMNO ada lah parti yang paling tidak berguna di bumi Allah.Ketika menjadi kaya mendapat habuan kedudukan dan wang, UMNO lah segala gala nya.
Sedang ahli biasa yang mencecah 3 juta hanya mendapat topi biru, baju biru T-shirt dan sekali sekala wang kopi masih setia , orang yang mendapat macam macam dari UMNO cepat sangat tukar haluan.
Ketika menjerit melalak di stadium sebaik sahaja Presiden tanya akan terima atau tidak , melalak lah kuat kuat kata “Kami Setuju” , udah nya tidak dapat apa yang dia mahu dan dan tu juga lah UMNO terus buruk dan jijik.
Tapi apapun PRU13 ada lah hikmah kepada UMNO / BN dan presiden. Ia nya sebagai hikmah kerana diwaktu ini lah UMNO dan Presiden dapat melihat warna sebenar orang tertentu.
Jika mahu lihat seseorang lihat lah ketika keadaan terburuk menghempap diri nya. Maka ini lah keadaan terburuk.
Seronok juga dengan perkembangan terbaru ini, kerana watak watak sebenar jelas menonjol.
Kita juga mendapat laporan orang seperti Mat taib mahu kan sesuatu tetapi tidak dapat lalu dia terus marah dan merajuk, kita juga sudah tahu sebab nya Datuk Kamalia ini marah dan juga laporan tambahan yang dia menguna kan kedudukan nya untuk membawa sejumlah ahli pergerakan itu untuk membantu nya berkempen.
Sejarah orang derhaka memang ramai dari UMNO tetapi yang terhebat ada lah Anwar dan kedua ada lah Tengku Razaliegh Hamzah, itu pun Ku Li tidak kemana, dan Anwar dengan bantuan luar dan dana yang besar pun masih struggle lagi, apa tah dengan orang sebegini.
UMNO dengan orang melayu ada bantuan ghaib, ia nya atas sebab tertentu tidak dapat di buang dan di kalah kan begitu sahaja.Orang derhaka memang tidak dapat menjatuh kan UMNO.
Malah pemimpin UMNO yang hampir jadi Perdana Menteri seperti Musa Hitam dan Anwar pun di sisih dari jawatan itu kerana tidak sesuai .
Kini jika orang macam Mat Taib hendak kasi alasan agama atau mahu mencari tuhan, kita agak sedih kerana seperti seorang penyair dan falsafah terkenal Hamzah Fansuri dia tidak jumpa tuhan di Mekah tetapi dia jumpa di sejadah nya. Maksud nya tuhan bukan bertempat atau pada lambang parti macam PAS tuhan ada di mana mana temasuk di dalam jiwa.Erti kata salah tempat lah nak cari kedamaian agama kerana parti itu membuat seseorang bertambah benci kepada kebaikan dan makhluk yang tidak sebulu.
Pada Datuk Kamalia , hak kamu lah jika mahu protes pun, jika terasa Sharizat boleh jadi menteri dan kamu juga berhak, ahli UMNO bawahan tidak dapat menolong . Malah ketika Sharizat bermasalah pun sudah dapat di lihat akan diri kamu sebenar.
Pada PAS ambil lah segala sampah UMNO.Kalau benda haram pun PAS boleh terima seperti DAP, Liwat, Zina apa lah menerima Mat Taib dan Datuk Kamalia. Bak kata pepatah melayu, pergi tidak mengurang , ada tidak menambah.
No comments:
Post a Comment