Monday 22 April 2013

Kementerian Kewangan Terima Laporan Pelobi Zionis Biaya Pembangkang



AIDCNews – 22/04/13 – Kementerian Kewangan menerima laporan bahawa terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan Bernama berkata, Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

“Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di Bachok, hari ini.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200 dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perupok, Bachok, melibatkan beberapa individu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu diminta di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.

Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di Dun Tawang dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.


SUMBER

No comments:

Post a Comment