Tuesday 23 April 2013

DAP Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Tun M


Walaupun telah hampir dua minggu Tun Dr M membuat kenyataan di blog beliau berhubung tindakan Kit Siang bertanding di Gelang Patah, namun sampai ke hari ini perkara tersebut masih berbekas di hati DAP.

Hi...hi...hi...hi....itulah Tun Dr M, ayat yang keluar dari beliau bukan sebarang ayat beb....siapa yang kena pasti akan terasa sampai ke tulang hitam. Itu pasal DAP terus menggelupur walaupun telah hampir 2 minggu berlalu. 

Semalam Karpal Singh menuntut Tun supaya memohon maaf. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun.
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang didakwanya bersifat memfitnah terhadap penasihat parti itu Lim Kit Siang, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau berkata pada 11 April, Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan melalui blognya, 'Chedet', yang merujuk Lim sebagai seorang yang mengamalkan sikap perkauman dan tidak peka dengan masyarakat pelbagai budaya.

"Sepucuk surat sudah dihantar kepada Dr Mahathir hari ini dan beliau mempunyai masa tiga hari, mulai esok, untuk menarik balik (kenyataan itu) serta memohon maaf dan jika beliau gagal berbuat demikian, satu tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di sini.

Satu laporan polis akan dibuat terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya itu, kata beliau, sambil menambah: "Semoga ini menjadi pengajaran kepada ahli politik agar tidak melakukan serangan peribadi dalam bentuk fitnah dan hasutan semasa berkempen untuk pilihan raya umum ini."

Dalam blognya, Dr Mahathir berkata Lim bertanding di Gelang Patah kerana ia merupakan kawasan majoriti Cina dan beliau akan memainkan sentimen kaum itu.  

Sinar Online

Perghhhhh.....

Selama ini mereka menuduh Tun tak boleh pakai, Tun dah nyanyuk dan sebagainya. Tapi rupa-rupanya kenyataan orang yang nyanyuk begitu ditakuti oleh DAP, sehingga mereka tidak boleh tidur malam dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun.

Itulah buktinya Tun M seorang yang masih hebat dan masih digeruni musuh. Mereka tahu apa yang dikata oleh Tun mampu mempengaruhi masyarakat. Sebab itulah mereka menggelupur.

Pas dengan DAP bezanya tak jauh. Pas parti melayu manakala DAP parti cina. Di mana ada Pas maka disitulah akan ada perpecahan melayu. Di mana ada DAP pula maka di situlah akan ada orang cina dengan sifat kecinaannya yang tebal dan perpecahan antara kaum. Bermula di Selangor tahun 1969, kemudian di Pulau Pinang, selepas itu di Perak, sekarang Kit Siang pergi ke Johor pula. Semua itu kerja untuk memecah perpaduan antara kaum di Malaysia.

Kita tunggu dan lihat samada DAP benar-benar berani atau tidak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Tun. Kalau boleh kita nak supaya perkara berkenaan menjadi kenyataan supaya banyak lagi yang Tun boleh dedahkan di mahkamah di kelak tentang sifat perkauman DAP. Sebagai bekas orang nombor satu dalam negara sudah tentulah macam-macam perkara yang sulit yang beliau tahu. Apabila masuk ke mahkamah mana ada sulit lagi. Semuanya boleh didedahkan....

Kita nak lihat samada Tun yang berada di tempat saksi yang menggeletar semasa menjawab soalan , atau peguam DAP yang bertanya soalan yang akan menggeletar.

No comments:

Post a Comment