Sunday, 21 April 2013

Kenapa anak Cina ini semua lari lintang pukang?




Semalam selepas tamat proses pencalunan di #P146 Parlimen Muar aku berkesempatan
berkunjung ketempat dimana penyokong penyokong BN untuk Parlimen Bakri berkumpul
yang berada tidak jauh diantara satu sama lain.Untuk pengetahuan pembaca Bandar Muar
ini terbahagi kepada 2 parlimen iaitu P146 Muar yang dimenangi BN tahun 2008 dan P145
Bakri pula dikuasai oleh DAP.

Aku terpanggil untuk singgah kerana melihatkan kenderaan kenderaan penyokong 
pakatan rakyat yang mula bergerak meninggalkan kawasan mereka berkumpul memandangkan proses pencalunan P146 Muar selesai lebih awal dibandingkan dengan pencalunan P145 Bakri dan kenderaan ini semua terpaksa melalui betul betul dihadapan ribuan penyokong BN yang masih berada disitu.Merasakan sesuatu bakal terjadi jika ada provokasi dari mana mana pihak aku bergegas kesitu.

Betul saperti yang aku jangkakan bila ada aksi sorak menyorak dari kedua belah pihak 
bila kenderaan penyokong PR melintasi kumpulan penyokong BN tapi masih mampu dikawal pihak polis yang berkawal disitu. 

Aku cuba memerhatikan kumpulan mana didalam kumpulan
penyokong BN ini yang cuba melakukan elemen provokasi setiap kali kenderaan penyokong PR melintasi mereka.

No comments:

Post a Comment