Semakin dekat dengan hari mengundi, semakin kalut Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi menguruskan isu memandangkan isu yang dibangkitkan terhadap mereka, biasa tidak mampu dijawab oleh Pakatan Rakyat dan isu yang mereka bangkitkan pula, biasanya berjaya mengantoikan diri sendiri sebagai pembohong.
Kini Pakatan Rakyat menerusi pimpinan utamanya sedang sibuk menimbulkan persepsi di sana sini kononnya Pakatan Rakyat akan menang PRU13. Kalau tak menang, itu adalah kerana kerja jahat SPR yang membantu UMNO-BN.
Anehnya persepsi BODOH DAN BANGANG seperti itu ditelan dan dihadam bulat-bulat oleh puak-puak pecacai dan pemercaya. Keyakinan penuh bahawa Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13, mendorong mereka bertindak ganas seolah-olah telah berlaku peralihan rejim perundangan di negara ini.
Di sana sini kita boleh melihat keganasan yang melibatkan para penyokong dan pemercaya Pakatan Rakyat, terutama sekali dari kalangan PAS. Pun begitu, mereka masih berusaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia kononnya yang ganas adalah Barisan Nasional dan UMNO manakala Pakatan Rakyat adalah pihak yang teraniaya dan dizalimi.
Ada juga yang cuba memberitahu, kononnya keganasan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya adalah tindak balas terhadap keganasan yang dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Sedangkan hakikatnya, rekod Pakatan Rakyat itu sendiri menunjukkan yang mereka sangat cenderung untuk melakukan keganasan, bahkan tidak teragak-agak untuk membunuh jikalau mereka sudah menang dan menguasai sesuatu kawasan.
Penulis kini berada di Terong, di mana DUNnya akan ditandingi oleh calon Pakatan Rakyat yang berserban dan berjanggut panjang dan lebih dikenali sebagai Azli Musa atau Azli Taliban.
Azli Taliban merupakan antara BABI YANG DIKALUNGKAN MUTIARA hanya kerana serban dan janggut panjangnya. Pendidikan dan latar belakangnya amat daif. Bahkan pengetahuannya dalam ilmu agama juga, amat dangkal, cetek dan menghampiri kejahilan. Setiap ucapannya, lebih banyak ke arah kesesatan dan penyelewengan akidah.
Namun disebabkan dia seorang individu yang kuat menyokong PAS, bahkan pernah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Ulama PAS Perak, maka, dia dilihat seperti seorang pejuang agama walaupun hakikatnya, dia dan Islam ibarat warna hitam dan warna putih.
Ceramah-ceramah Azli Taliban di sekitar Terong, amat mengejutkan.
Selain daripada mengkafirkan UMNO secara terang-terangan, Azli Taliban yang amat mengkagumi Lim Kit Siang dan memuja Setiausaha Agung DAP itu, menganjurkan permusuhan sesama Islam.
Baginya, Khawarij adalah Islam sejati. Sunnah pula hanyalah tentang janggut dan serban. Hablumminannas mengikut fahamannya pula adalah tentang menyokong Pakatan Rakyat.
Dari mulutnya, sudah beberapa kali terkeluar, kalau berkuasa, maka Pakatan Rakyat akan 'membersihkan' negara ini daripada orang UMNO. Segala kekayaan UMNO akan dirampas dan diserahkan kepada rakyat.
Kononnya...
Namun, Azli Taliban langsung tidak dapat menjawab tentang kekayaan yang dimiliki oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dalam bentuk segera, terutama sekali ketika 11 bulan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak. Bukan itu sahaja, Azli Taliban sendiri tidak dapat menerangkan bagaimana dia boleh memperolehi kesenangan seperti sekarang, sedangkan sebelum Pakatan Rakyat berkuasa di Perak dahulu, hidupnya sangat daif, melarat dan papa kedana!!!
Itu contoh terbaik tentang Pakatan Rakyat, terutama sekali calon-calon dari PAS yang berkiblatkan Lim Guan Eng dan DAP!
No comments:
Post a Comment