Monday, 22 April 2013

KANTOI!!! " Special Branch" Palsu Ditahan Polis!!!








Seorang penyokong Lee Boon Chye telah menyamar sebagai polis 'special branch' dengan menahan dan memukul beberapa penduduk tempatan kerana menghalangnya untuk membuat bilik gerakan. 

Bukan itu sahaja pemuda ini yang juga penyokong kuat Lee Boon Chye telah memaki hamun penduduk tempatan dengan perkataan yang kesat.

Menurut pemuda tersebut dia sebenarnya telah diupah oleh Lee Boon Chye untuk menakut-nakutkan penduduk supaya bilik gerakan dapat dibuka berhampiran dengan Bilik Gerakan Utama BN N43 Dun Sungai Rapat.

Semalam berlaku pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional dan penyokong Lee Boon Chye apabila Lee Boon Chye dengan beberapa penyokongnya telah bertindak agresif untuk membuka bilik gerakan PKR berdekatan dengan bilik gerakan utama BN N43 Dun Sungai Rapat.

Ekoran itu lebih 20 orang polis dari Batu Gajah cuba meleraikannya namun kedegilan pihak Lee Boon Chye membuat pergaduhan terus berlaku.

Polis akhirnya menahan pemuda ini untuk disoalsiasat. Namun penyokong BN yang telah ditahan oleh polis SB PALSU ini juga telah membuat laporan polis supaya pihak polis dapat menyiasat dengan terperinci terhadap polis Palsu tersebut.

Sehubungan dengan itu penyokong BN juga telah membuat laporan polis terhadap Lee Boon Chye diatas provokasi yang dibuat olehnya dengan berniat jahat untuk melaga-lagakan sesama Melayu.

SUMBER

No comments:

Post a Comment