Friday 5 April 2013

HOT!!! ANWAR RAYU RAKYAT PERMATANG PAUH BERI PELUANG KEDUA UNTUK DIRINYA.



Anwar Ibrahim mahu berunding dengan penyokongnya di Parlimen Permatang Pauh yang memujuknya mempertahan kerusi itu sebelum memutuskan kawasan yang bakal ditandingi.

Bercakap didalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Gerik, malam tadi, beliau yang sebelum ini dijadual membuat pengumuman itu, meminta tempoh 24 jam.

“Kawan-kawan saya di Permatang Pauh banyak yang kecil hati. Amboi Datuk Seri, masa di penjara kami pertahan. (Dr Wan) Azizah (Ismail) bertanding, semua kalah, kami pertahan.

“Masa susah, kami pertahan habis-habisan. Sekarang (su)dah senang, dekat jadi PM, nak tinggalkan kami,” katanya mengajuk rayuan penyokong setia beliau.

“Terus rasa lembik lutut,” kata Anwar dengan nada terharu sambil meminta penyokongnya di Perak memberi masa 24 jam sebelum beliau membuat keputusan.

Terdahulu, Ketua Umum KEADILAN itu mengakui mahu bertanding di Perak, apatah lagi pernah menetap termasuk bersekolah di negeri berkenaan selama sembilan tahun.

“Saya memang cadang hendak bertanding di Perak. Ada orang kata saya bukan orang Perak, betul tapi saya sembilan tahun duduk di Perak.

“Tujuh tahun di Kuala Kangsar – Malay College, tingkatan satu sampai enam atas dan dua tahun di (Kem) Kamunting, Peraklah tu.

“Takkan tak boleh jadi Ahli Parlimen Perak. Sembilan tahun di Perak,” katanya.



p/s: Hahahahaha..., Anwar meroyan sebab tak ada rakyat Permatang Pauh yang pi pujuk dia suruh pertahankan kerusi Parlimen disitu.. Terbukti rakyat kawasan sendiri pun tak mau peliwat jadi wakil dorang... Hahahahahaha....


SUMBER

No comments:

Post a Comment