Sunday 21 April 2013

#PRU13 VIDEO: Chegubard Sebak Ditampar Ahli Pas Waktu Penamaan


SEMALAM kami mendedahkan kejadian bagaimana calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dipukul oleh ahli Pemuda Pas sewaktu hari penamaan.

Ramai yang tidak percaya kerana ‘mana mungkin Pas akan bertindak begitu pada rakan komponennya’.

Ternyata hari ini semuanya terbongkar apabila Chegubard sendiri meluahkan perasaan sedih yang menimpa diri serta keluarganya dalam insiden tersebut.

(klik DISINI untuk mengetahui kisah Chegubard dipukul)

Untuk rekod, PKR meletakkan Chegubard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah.

PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.

Untuk itu, Chegubard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.

” Hari ini tak mungkin saya sebut secara terus terang…tapi tak mengapalah…saya sangat sebak…saya boleh lawan UMNO dan Barisan Nasional secara berdepan tapi saya tak ada pengalaman bergaduh dengan ‘adik beradik’ sendiri.

” Pagi ini saya disambut dengan caci maki, saya ditolak, muka saya ditampar..isteri saya juga ditolak,” katanya.

Sebenarnya, Chegubard kena renung dan muhasabah diri kenapa dia diperlakukan demikian.

Semua orang tahu Chegubard agak ekstrem dalam perjuangan politiknya hingga beberapa kali terlibat dalam perhimpunan haram termasuk ditahan kerana bertindak agresif dengan pihak polis.

Seterusnya klik DISINI...

1 comment:

  1. Memang bodoh la kau ni Bard...biar la PAS kawasan situ yg bertanding..ko nak jugak ko rasa la azabnya..hidup PAS selama-lamanya..takbir!!!

    ReplyDelete