Sunday 21 April 2013

[PRU13] BERTANDING TIKET BEBAS AKIBAT KECEWA DENGAN PERANGAI



Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan DUN Kota Aggerik menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila calon bebas mencuba nasib bertanding di kedua-dua kawasan itu.

Mereka adalah Eriq Faisal Rusli, bertanding di DUN Kota Anggerik manakala Uzi Che Hussin bertanding di DUN Batu Tiga.

Kedua-dua calon Bebas merupakan bekas penyokong tegar pakatan haram di Shah Alam. Walaupun tidak mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik, mereka sering memberi pandangan yang cenderung ke arah sokongan kepada pakatan haram.

Menurut rakan kepada salah seorang calon Bebas yang tidak mahu dikenali, beliau terkejut dengan tindakan rakannya yang bertanding atas tiket Bebas.

"Sebagai rakannya, saya tidak menyangka beliau akan bertanding sebagai calon Bebas. Cuma kami ada berjumpa hujung tahun lepas, beliau menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan di Shah Alam yang sentiasa menerima banjir kilat jika hujan lebat.

"Beliau memang menyokong pakatan rakyat dan pernah mempengaruhi rakan-rakan kami supaya menyertai perhimpunan haram Bersih," katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment