Tuesday, 16 April 2013

MAAF CAKAP LA TAPI RAFIZI JAMBU ADALAH MANUSIA PALING BANGSAT DI MALAYSIA!


Dalam usaha memburuk-burukkan imej Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada awal Mei ini, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara semberono menuduh yang bukan-bukan terhadap usahawan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Sebagaimana maklum, Tan Sri Syed Mokhtar sebelum ini beberapa kali “diserang” oleh “ikan emas” Anwar Ibrahim itu dengan mengaitkan beliau dengan pembelian beberapa GLC dan menuduh “taikun” itu cuba memonopoli “kek ekonomi” negara.

Terbaru, Rafizi mempersoalkan kononnya Tan Sri Syed Mokhtar cuba membeli anak syarikat milik kerajaan, Composites Technology Research Malaysia, yang menjalankan penyelidikan tentang teknologi komposit.

Sebenarnya saya amat hairan dengan sikap Rafizi. Kenapa dia bersungguh-sungguh benar “menyerang” tokoh perniagaan bumiputera itu? Rafizi berbangsa Melayu dan Tan Sri Syed Mokhtar juga tertera di kad pengenalannya sebagai berbangsa Melayu. Kenapa dia dengki sangat?

Dasar Ekonomi Negara (DEB) mensasarkan pentumbuhan ekonomi bangsa Melayu sebanyak 30% dari keseluruhan pembahagian “kek ekonomi” negara. Sehingga kini, keadaan ekonomi bangsa bumiputera itu masih jauh di belakang bangsa bukan bumiputera.

Jadi, apakah salah sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar berniaga secara sah, halal dan tidak melanggar undang-undang negara? Lagipun, beliau begitu komited dengan persaingan sihat di kalangan para peniaga lain di negara ini.

Untuk pengetahuan Rafizi, Tan Sri Syed Mokhtar memiliki ratusan ribu pekerja di seluruh negara dan di beberapa negara luar. Beliau juga membuka peluang pekerjaan yang banyak dan takkan mampu dilakukan oleh Rafizi. Rafizi cemburu dengan jasa itu, kah?

Apabila Tan Sri Syed Mokhtar membuka peluang pekerjaan kepada ratusan ribu pekerja, secara tidak langsung beliau telah membantu rakyat di negara ini untuk mengubah taraf sosio-ekonomi mereka ke peringkat lebih tinggi.

Apakah Rafizi dengan kedudukannya sebagai pemimpin PKR mampu untuk melakukan perkara baik seperti Tan Sri Syed Mokhtar? Tan Sri Syed Mokhtar menjana pahala dengan membantu rakyat, Rafizi pula buruk-burukkan beliau?

Rafizi sebenarnya berlatar belakangkan pendidikan di institusi yang kuat sifat keMelayuannya. Rafizi dulu bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Apabila terdapat perkataan “Melayu” pada nama sekolahnya, Rafizi sepatutnya sayangkan bangsanya, bukan?

Tapi sebaliknya, Rafizi menyerang kejayaan bangsanya sendiri? Tidakkah dia bangga dengan kejayaan bangsanya? Atau Rafizi terlalu mengikut kehendak rakan politiknya, DAP, yang mahu melihat perniagaan milik bangsa Melayu lingkup?

Kenapa Rafizi tidak persoalkan segala “keistimewaan” yang diberikan Pakatan Haram kepada DAP?

Misalnya, sebuah laman media, Sel13.com baru-baru ini mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Haram Selangor secara percuma menganugerahka kontrak berharga hampir RM1 bilion kepada kroni DAP. Mengapa Rafizi tidak persoalkan tentang kontrak mewah itu?

Bukan itu saja, Rafizi juga perlu mempersoalkan penglibatan sahabat karibnya, Ronnie Liu, yang sebelum ini dikaitkan dengan kegiatan pusat-pusat hiburan haram dan pusat-pusat maksiat di sekitar negeri Selangor.

Perkara itu pernah dipersoalkan salah seorang pemimpin DAP lain sebelum dipecat dari parti kerana menegur “taiko” DAP itu.

Jadi, kalau Rafizi berani mempersoalkan perniagaan halal saudara seagamanya, mengapa dia tidak berani mempersoalkan perniagaan haram yang jelas bertentangan dengan prinsip moral itu? Rafizi suka pusat urut, maksiat dan arak, kah?

Kalau dirujuk pada sikap Rafizi yang “double standard” itu, jelaslah dia bermotifkan politik.

Tapi, Tan Sri Syed Mokhtar bukan ahli politik, beliau ahli perniagaan Melayu. Kalau dilihat dari sudut ini, saya yakin bahawa ramai yang sependapat mengatakan bahawa Rafizi adalah pengkhianat kemajuan ekonomi bangsa, setuju?

HOUSE PK: Ini aku petik dari Perak Today. Apa bangsat perangai si gay Rafizi ni ek? Kenapa dia dok serang Syed Mokhtar je? Kenapa dia tak serang langsung tycoon-tycoon yang lain? Pada hakikatnya Rafizi tahu betapa banyak Syed Mokhtar menolong orang tanpa mengira bangsa kan?

Tahukah kamu wahai Rafizi berapa ratus ribu orang berkerja dengan syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar? Apa yang kau dengki sangat ni? Tahukah kamu wahai Rafizi, setiap syarikat yang dia miliki pasti juga ada KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan Pekerja yang ada bahagian mereka dalam syarikat beliau?

Know your facts Rafizi! kalau ya pun kau diupah oleh kaum DAP untuk bunuh peniaga melayu, pakai la akal sikit sebelum nak mneyerang Syed Mokhtar! Akai ada ka?

No comments:

Post a Comment