Siapa Aasil Kazi Ahmad?
Akan didedahkan dalam artikel Round 6 nanti
Pada 22 Mac 1967, akhbar The New York Times mendedahkan CIA (Central Intelligence Agency) merupakan dalang sebenar di sebalik sebuah yayasan bernama ‘The Asia Foundation’ (TAF).
“Pada tahun 1967 telah terbongkar bahawa badan itu (TAF) menerima dana daripada CIA. Victor Marchetti, Timbalan Pengarah CIA, membuat kenyataan kurang bijak dengan berkata bahawa TAF telah ditubuhkan oleh CIA dan sehingga tahun 1967 telah banyak subsidi daripadanya.
“Pada hari ini, model NED (the National Endowment for Democracy) dilihat sebagai kaedah lama CIA, berisiko, jadi pada tahun 1984, satu akta TAF telah digubal bagi membolehkan badan itu menerima dana daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),” lapor sourcewatch.org.
Nile Bowie dalam tulisan bertajuk “Understanding US Funding to Malaysian Civil Society” mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan NED di mana beliau turut bergambar dalam Majlis Anugerah Demokrasi NED pada tahun 2007 bersama-sama Presiden IRI (Institute Republican Institute), Lorne Craner, Presiden NED, Carl Gershman, Presiden NDI (National Democracy Institute), Ken Wollack, dan lain-lain.
Namun, operasi NED sudah diketahui umum sebagai operasi CIA, maka sourcewatch.org melaporkan badan perisikan AS kini mula menumpukan perhatian terhadap TAF.
Surin Pitsuwan adalah salah seorang Ahli Pemegang Amanah TAF dan beliau juga sering dijemput Anwar menghadiri beberapa program di Malaysia termasuk menjadi salah seorang penceramah dalam program IKD (Institut Kajian Dasar).
Di Indonesia, TAF merupakan penaja utama kebangkitan Islam Liberal dan Pluralisme agama yang berselindung di sebalik NGO hak asasi dan masyarakat sivil.
Salah satunya adalah NGO bernama Jaringan Islam Liberal (JIL).
“Dengan bantuan dari agensi-agensi pembiayaan seperti The Asia Foundation, JIL dapat menyuarakan fahaman liberal, aspirasi dan tafsiran Islam secara toleran di Indonesia,” lapor wikipedia JIL.
Portal Indonesia, voa-islam.com mendedahkan sekurang-kurang 44 NGO di negara itu telah ditaja TAF.
“Kemudian di antara pendokong-pendokongnya ada yang menghalalkan homoseks seperti Musdah Mulia, dan membela aliran sesat Ahmadiyah seperti Azyumardi Azra, ” lapor voa-islam.com.
Apa yang didedahkan oleh portal AIDC adalah satru pekara yang jelas untuk rakyat berfikir secara bijak akan modus operandi CIA dalam menjahanamkan negara negara dunia terutama negara Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim sememangnya agen CIA dalam menjadi dalang pengkhianat kepada negara untuk membawa masuk Amerika menjajah Malaysia dengan cara baru sepertimana Amerika menjajah negara lain seperti Iraq, Mesir, Syria dan lain lain.
Rakyat Malaysia seharusnya bijak, pekara paling mudah untuk anda semua menjadi bijak adalah dengan bertanyakan kepada pihak pembangkang terutamanya PKR dari mana datang wang buat mereka bergerak selama ini.
PKR terima wang dari mana?
No comments:
Post a Comment